Semasa & Hiburan
M. Nasir Ucap Tahniah Kepada Kmy Kmo & Luca Sickta
Dah dengar tak lagu Siti Nurhaliza yang baru?
Selepas membuat kejutan tampil bekerjasama dengan rapper baharu Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi single berjudul Zuhud, penyanyi Datuk M. Nasir sekali lagi mencetuskan fenomena apabila menulis satu ciapan di laman Twitter untuk mengucapkan tahniah kepada dua penyanyi rap tersebut.
Mengetahui bahawa Datuk M. Nasir bukanlah figura yang mudah untuk didekati, ia pastinya adalah satu penghargaan yang besar buat kedua-dua penyanyi rap berkenaan.
Ucapan Tahniah kepada Kmy Kmo & Luca Sickta untuk single Zuhud. Saya pohon Allah meredhakan karya kami dan kejayaan pada kumpulan yang berbakat besar ini. Untuk peminat semua, nikmatilah gabungan super ini! #zuhud #mnasir #lucasickta #kmykmo #luncaiemas #universalmusicmalaysia pic.twitter.com/YOJOdnegTQ
— M.Nasir (@mnasirmohdnasir) March 10, 2020
Ucapan tahniah itu juga adalah kerana video muzik lagu berkenaan yang telah dilancarkan pada 25 Disember 2020 kini mencapai 1 juta tontonan di laman Youtube.
Zuhud adalah sebuah karya yang menggabungkan rentak hip hop dan elemen muzik tradisonal Melayu.
Lagu ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta itu turut menampilkan pelakon Azri Iskandar dalam video muzik mereka.