Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

M. Nasir Cabar Penyanyi ‘BBNU’

M. Nasir berharap penyanyi baharu tidak takut untuk datang berjumpa dengannya.

Published

on

Penyanyi dan komposer hebat tanah air, Datuk M. Nasir terbuka untuk bekerjasama dengan pendatang baharu bagaimanapun menuntut satu syarat iaitu mereka harus mempunyai bakat yang bagus.

“Dalam simpanan saya ada banyak lagu. Kriteria saya mudah, tidak perlu rasa takut. Kalau anda (pendatang baharu) merasakan diri anda bagus, datanglah,” katanya.

Menurut pelantun lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud itu, memang ada beberapa penyanyi baru atau Budak Baru Nak Up (BBNU) yang memiliki bakat bagus ketika ini.

“Saya pernah beritahu memang ada beberapa penyanyi BBNU yang bagus tetapi tidak perlulah saya tonjolkan di sini.
“Artis baru juga tidak perlu takut untuk minta lagu daripada saya.
“Kriteria saya untuk artis baru minta lagu juga mudah, jika berasa diri bagus, datanglah berjumpa saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, M Nasir bakal menjayakan konsert solonya Konsert M Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan pada 23 November, sempena meraikan ulang tahun ke-40 beliau dalam industri muzik tanah air.

Pada konsert itu nanti, M. Nasir akan menyampaikan lebih 20 lagu popular daripada album pertamanya sehinggalah sekarang di Dewan Plenari, KLCC di Kuala Lumpur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement