Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Luna Maya Tak Sedar Berbelanja, Duit Hanya Tinggal RM25 Di Bank

Orang selalu ingat artis banyak duit dan tidak pernah kehabisan..

Published

on

Rasanya masalah shopping berlebihan ni dialami oleh ramai orang tanpa mengira lelaki atau pun wanita. Biasalah, bila gaji masuk segala hajat yang dipendam mahu ditunaikan seakan tiada hari esok. Tidak salah berbelanja namun, kena beringat untuk kemudian hari juga tau.

Ini yang berlaku pada pelakon cantik Luna Maya. Gara-gara berbelanja atas talian tanpa had, Luna Maya pernah berdepan kesukaran apabila wang dalam akaun banknya hanya berbaki RM25 (89,000 Rupiah).

Dalam temubual bersama Ayu Dewi, Luna menyedari dirinya tidaklah sekaya mana walaupun berstatus artis popular.

“Orang selalu ingat artis banyak duit dan tidak pernah kehabisan. Hakikatnya, tidak ya. Saya pernah dalam akaun bank cuma berbaki 89,000 Rupiah (RM25) saja,” katanya.

Pelakon Mantan itu bagaimanapun menjelaskan wangnya dalam akaun susut disebabkan membayar bil telefon dan bukannya faktor lain termasuk dicuri.

“Bukan dicuri tapi habis. Pindah, pindah, pindah, selepas itu tengok sudah tak ada duit. Selepas melihat baki itu, baru tahu duit saya tidaklah banyak,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement