Semasa & Hiburan
Lucu! Zara Zya Sakat Member Melatah
Siapa ada kawan kuat melatah?
Pelakon popular Zara Zya ada memuat naik beberapa video pendek di laman Instagramnya pada Ahad.
Apa yang mencuri perhatian adalah video tersebut memaparkan Zara sedang mengusik dan menyakat rakan pelakon, Syazwan Zulkifly dan juga beberapa rakannya yang kuat melatah.
Rata-rata peminat turut berasa terhibur dengan gelagat Zara lalu memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.