Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Luar Biasa! Ibu Kreatif Ini Menggunakan Masa Lapang ‘Terbang’ Bersama Anaknya

Wow amazing lah mommy ni!

Published

on

Ibu bapa adalah rujukan utama kreativiti anak-anak.

Oleh itu, walau pelbagai cara sekali pun ibu bapa harus meningkatkan kreativiti mereka dalam mencari jalan mencungkil kreativiti anak.

Seperti yang dilakukan oleh Scha Roslan, iaitu pengguna laman sosial di Twitter, dia berkongsi gambar ‘photoshoot’  bersama anaknya menggunakan pelbagai props untuk menghasilkan gambar yang menarik serta kreatif.

Ketika dihubungi, Scha ada berkongsikan pengalaman semasa sesi fotografi bersama anak-anaknya, bertanya mengenai proses semasa sesi penggambaran, sama ada mudah atau pun tidak untuk berkerja dengan anaknya dan mengambil gambar dari pelbagai sisi, Scha berkata

“So far senang je sebab diorang pun suka ambik gambar”

“Kadang-kadang ada jugak yang kakak taknak ambik gambar sebab takut jatuh, sebab gambar macam ni kena panjat kerusi.”

“So take time off kejap. Rileks, ambik gambar dengan adik, nanti kakak sibuk nak join balik sekali”

Scha juga berkata, jika anaknya meragam, dia akan mengambil ‘time off’ dan berehat sekejap, kemudian sambung kembali sesi penggambaran bersama anak-anaknya.

Image

Apabila ditanya berapa lama masa yang diambil, dan anak-anaknya meragam ataupun tidak semasa sesi penggambaran, Scha menjawab

“Biasanya gambar macam ni cuma ambik masa less than 1 hour. So diorang takde meragam sangat”

Tidak terlepas juga bertanya kepada mommy kreatif ini, Scha mengatakan yang dia adalah ‘self taught’ dan tidak pernah mengambil apa-apa kursus ataupun bidang fotografi mahupun editing, dia hanya mengambil inspirasi dari gambar-gambar di flickr, Instagram dan Google,  juga melihat tutorial di Youtube untuk belajar menyunting gambar yang diinginkan.

Selain itu, Scha juga ada berkongsikan aktiviti mengait sarung bantal yang di muat naik di laman Instagram nya.

Wow amazing lah mommy ni!

Jadi tidak ada alasan lagi untuk anda tidak menjadi kreatif. Masih belum terlambat, anda mungkin boleh cuba cara Scha ini, sedikit sebanyak dapat juga meluangkan masa bersama anak-anak kan? Goodluck to all mommy and daddy!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement