Connect with us

Hiburan

Luahan Rasa Shakilla Khoriri Jadi Ibu, Bukan Mengeluh Penat…

Shakilla berkongsi pengalaman ibu-ibu membesarkan anak kecil.

Published

on

Selepas bergelar ibu, pelakon Shakilla Khoriri memberi fokus penuh kepada cahaya mata pertamanya, Ameena Sofia yang bakal menginjak usia lapan bulan pada 14 November nanti.

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, dia akui tugasan sebagai ibu yang menjaga anak kecil agak sukar dan memenatkan biarpun hanya sekadar di rumah.

Tidak pernah mengeluh, Shakilla cuma berkongsi ‘rasa’ para ibu yang mempunyai pengalaman sama membesarkan anak kecil.

Perkara itu diceritakan panjang lebar menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

View this post on Instagram

#💋• . Sorang dah makan dan mandi. Sorang Tak makan lagi, tak mandi lagi. Layan Tuan Puti @ameenasofia_ berhibur sambil tak nak ditinggal. . Rutin harian setiap pagi tanpa jemu. Rutin bila bebas dari KERJA. Rutin yang lebih penat dari shooting pagi ke subuh. Kadang nangis sendiri dalam hati sebab terlalu penat. Bukan budak ni memenatkan tapi tanggungjawab aku nak pasti kan segalanya OK untuk budak ni. Penat bukanlah budak ni selalu menangis, kadang menangis boleh kira bila. . . Terkenang pulak macam mana emak3 dulu hiburkan kita tanpa cartoon dan gadget. Pasti lebih memenatkan. . Malu pulak rasa aku bila perkataan penat tu muncul dalam benak fikiran aku. Apa lah sangat anak sorang kalau nak dibandingkan dengan emak2 dulu yang anak2nya berderet. Kan ?! . TAK.bukan mengeluh tapi saja share. at least orang lelaki yang terbaca posting ni yang dah berkawin atau tidak. Faham. Aku tahu, posting ni on behalf emak2 di serata dunia. Anak je lain2 tapi PENAT tu sama. Jangan tanya penat apa. Nampak rehat je kat rumah. Banyak tidur. Makan pun order. . Eh suruh bapak jaga kejap, kadang anak makan pun tak cukup, tidur pun tak cukup, tempat tukar pampers anak pun macam dilanda tsunami. So tak payah nak sembang bab lain2 sebab pasti alasannya tak sempat nak buat anak nangis. SEE ! . So berhati2 nak bercakap pasal seorang emak kalau awak sendiri pun gagal untuk jadikan semuanya PERFECT ! . . Untung kalau ada suami yang membantu dan meringankan rasa PENAT. . Hoi…ni bukan mengeluh. Tak mungkin mengeluh untuk anak. Never. Cuma aku kan manusia. Ada rasa semua tu. Hati2 juga jari nak comment, make sure cermin didepan. Tengok diri sendiri dan family sendiri. THEN boleh comment. . . Relax …..ni pengalaman aku. Siapa yang rasa sama, kita GENG ! Siapa yang belum ada anak better DIAM ! . Sebab kau tak rasa PENAT yang menghiburkan. PENAT berpahala. . Main badminton 3 jam belum tentu penat yang murni. Hiking gunung semalaman belum tentu kepuasan yang MURNI. . . So tak ada keluhan. Cuma kongsi rahsia penat yang MURNI. . 🤫🤣😅😘👌🏻🥰🤪🤩😚😝🤓

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya terutama golongan ibu yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Shakilla dan suami, Fizi Ali berkahwin pada 18 Februari tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement