Connect with us

Berita

Logo Baru Tahun Melawat Malaysia Dilancar 22 Jun Ini!

Ingat tak logo yang kena kecam dulu?

Published

on

Logo baharu kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 bagi menggantikan versi terdahulu yang menerima kecaman orang ramai sudah dimuktamadkan dan dipersetujui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Selasa lalu.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata logo baharu TMM 2020 itu juga akan dilancarkan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung di Muzium Diraja, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.

“Bagaimanapun, perincian dan tema logo terbabit masih belum boleh diberitahu kepada umum kerana pelancarannya akan dibuat di Majlis Rumah Terbuka Malaysia, pada 22 Jun nanti,”

Sebelum ini, logo TMM 2020 dilancarkan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, pada Forum Pelancongan Asean (ATF) 2018 di Chiang Mai, Thailand, Januari tahun lalu, mendapat kecaman hebat daripada orang ramai kerana dikatakan terlalu ringkas dan tidak cantik.

Image result for logo tahun melawat malaysia

Logo seperti setem itu memaparkan imej Menara Berkembar Petronas (KLCC); Orang Utan; monyet bercermin mata dan penyu memakai cermin mata hitam, dikecam dengan rata-rata menyifatkannya sebagai tidak berkualiti.

 

 

Sumber dari: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement