Hiburan
Liza Hanim ‘Tutup Kilang’
Lima orang cahaya mata sudah cukup untuk Liza.
Published
2 weeks agoon
By
AdiliaPepatah orang putih ada mengatakan ‘the more the merrier’.
Namun, bagi penyanyi, Liza Hanim memiliki lima orang cahaya mata sudah cukup membuatkan dirinya bahagia.
“Pada awalnya, kami ingatkan rumah tangga akan dihiasi empat permata hati. Syukurlah, Allah menganugerahkan kami seorang lagi zuriat, Fateh, Januari lalu,” katanya ketika ditemu bual wartawan Farihad Shalla Mahmud.
Anak kelimanya, Muhammed Al Fateh kini berusia 10 bulan.
“Apabila ada si kecil ini, ia bagaikan membawa keceriaan buat kami sekeluarga. Saya amat bersyukur kerana dia disayangi oleh abang dan kakaknya yang lain.
“Saya pun sudah maklumkan perkara itu kepada suami. Cukuplah lima orang. Bagi saya, jumlah itu sudah memadai,” katanya lagi.
Liza dan suami, Mohamed Shahrin Samsudin yang juga merupakan anggota kumpulan Indigo telah mendirikan rumah tangga selama 16 tahun dan mereka telah dikurniakan Marsya Qistina, 16, Marissa Qalreen, 10, Mohamed Salahuddin, 8, dan Mohamed Ibrahim, 4.
Sumber: Berita Harian
You may like
-
Minggu Pertama Ejen Ali The Movie Cecah RM13 Juta!
-
Emma Stone Kongsi Foto Cincin Tunang
-
“Dalam 2 Hari Ni Barulah Nampak Senyum, Boleh Bergurau Balik” – Saharul Ridzwan
-
Kongsi Video Berqasidah, Alunan Suara DS Siti Dipuji Peminat
-
Penyanyi Lagu Memori Cinta Luka Pulang Ke Rahmatullah
-
Ucapan Keisya Buat Nabila Huda Sempena Hari Jadi Menyentuh Hati