Connect with us
Salam Aidilfitri

Semasa & Hiburan

Lisa Surihani Kongsi Mengenai Pokok Istimewa!

“Y” untuk Yong!

Published

on

Umum mengetahui pelakon Lisa Surihani berkahwin dengan Yusry Abd Halim pada tahun 2012, dan kini telah dikurniakan dua cahaya mata, iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki.

Anak pertama mereka bernama Yahaira Leanne lahir pada September 2015 manakala anak lelaki bernama Yusof Leonne dilahirkan pada April 2017.

Menerusi sekeping gambar menunjukkan sebatang pokok yang dimuatnaik oleh Lisa di Instagramnya pada pagi Rabu 4 Mac, Lisa mendedahkan satu fakta menarik.

Menurutnya, apabila Yusry mengetahui Lisa hamil anak pertama mereka yang kini digelar Yong, Yusry telah menanam sebatang pokok istimewa dan menamakannya “The Yahaira Tree”.

Pokok tersebut yang berbentuk “Y” turut disedari seorang peminat Lisa dalam komennya, seperti melambangkan nama anak mereka, Yahaira.

Ada peminat turut memberitahu, pokok itu adalah dari spesis Samanea Saman, atau lebih dikenali sebagai The Rain Tree.

Lisa juga dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membina “tree house” ketika meletakkan komen ini.

Satu hadiah yang sangat cantik dan istimewa buat Yong!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement