Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

"Liriknya Sangat Sedih." – Lagu Hafiz Hamidun Milik Erra Fazira

Hafiz Hamidun enggan komen sama ada Menangkah Cinta ada kena mengena dengan Erra.

Published

on

Lagu ciptaan Hafiz Hamidun berjudul Menangkah Cinta, akhirnya menjadi milik Erra Fazira.
Menurut Hafiz, lagu itu dicipta sejak 2017 dengan lirik tulisan Iman Imran, melodi lagu berkenaan bagaimanapun diubah mengikut kesesuaian penyanyinya.
“Selepas meneliti karakter suaranya, kami dapati Erra sesuai dengan melodi tertentu. Lagu ini kemudian dijadikan sebuah naskhah balada dengan mempunyai dinamiknya sendiri. Kami memberikan muzik yang secara keseluruhan boleh dikatakan baharu untuknya.
Hafiz menjelaskan, Erra sendiri merakamkan demo lagu terbabit bagi tujuan kawalan vokal, 20 Februari lalu, manakala rakaman sebenar bakal diadakan minggu ini.

Hafiz berkata, lagu Menangkah Cinta mempunyai lirik yang sedih.
“Saya tidak boleh komen sama ada lagu itu ada kena mengena dengan sesiapa. Pasti ada cerita yang tersirat dan tersurat. Lagu ini sendiri sudah lama dicipta dan saya serta Erra pula baru tahun ini mula bekerjasama.
“Cuma, saya boleh katakan lirik lagu ini sangat sedih. Pemilihan kata-katanya mengesankan dan saya yakin, Erra mampu menyampaikannya dengan baik.”
Erra sebelum ini tidak menyangkal lirik lagu itu mempunyai kaitan dengan dirinya, malah dia sendiri memberi idea kepada kepada pnenulis lirik tentang tema yang dimahukan.
Menangkah Cinta juga dijangka dijadikan sebagai runut bunyi sebuah drama rantaian yang akan diumumkan nanti.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement