Connect with us
Salam Aidilfitri

Semasa & Hiburan

Linda Rafar Dedah Sudah Sebulan Tak Sihat

Get well soon, Linda!

Published

on

Penyanyi, Linda Rafar ada memuat naik satu video throwback di Instagram pada 22 Februari lalu.

Video berkenaan menyaksikan antara momen-momen terakhir Linda bersama arwah ibunya, Rasimah binti Abd Rahman.

View this post on Instagram

Al-fatihah mak😭😭😭 Mak.. linda tak sihat dah sebulan mak,mak xde tak tau nk ngadu kat sape.. jika mak tau keadaan linda.. mak tlg doakan linda mak😭🤲🏻 #rasimahbintiabdrahman 🤍

A post shared by LRHIJAB FOUNDER (@lindarafar) on

Lebih menyentuh perasaan apabila Linda turut mendedahkan bahawa dia sudah sebulan tidak sihat.

Al-fatihah mak😭😭😭 Mak.. linda tak sihat dah sebulan mak,mak xde tak tau nk ngadu kat sape.. jika mak tau keadaan linda.. mak tlg doakan linda mak😭🤲🏻 #rasimahbintiabdrahman 🤍,” tulisnya.

Sejak kehilangan ibunya pada 11 Januari lalu, Linda yang popular dengan lagu Hak Milik Kekal bersama adiknya, Diana Rafar memberitahu dia sudah tiada tempat untuk mengadu dan berharap arwah ibunya itu dapat mendoakannya dari jauh.

Setakat artikel ini ditulis, video yang menjentik hati ramai itu sudah meraih lebih 66,000 tontonan dengan rata-rata peminat mendoakan agar Linda kembali sihat seperti sediakala dan terus kuat menjalani kehidupan.

Imbas kembali, Linda telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 18 dan Rezaiman Keiflin, (meninggal pada usia 12 tahun pada 2014) hasil perkahwinan pertama.

Menerusi perkahwinan kedua bersama Syed Aiman pada 2 Disember 2006, pasangan itu dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 11, Syed Rezariiq, 8, dan Syed Rezaliif, 3 tahun.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement