Connect with us
Hot Kool Jam

Limau Nipis Limau Purut – Musafir di Aidilfitri

Sinopsis

Genap setahun Limau Nipis berkahwin dengan Tuan Puteri. Limau Nipis dan Tuan Puteri hidup bahagia di istana. Pak Wan dan Limau Purut turut diberi penghormatan untuk tinggal di istana, tetapi sebagai pelawak diraja. Limau Purut yang tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai pelawak di istana, telah mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung. Semasa sedang merentas hutan untuk pulang ke kampung, Limau Purut telah menyelamatkan nyawa seorang lelaki di dalam hutan. Lelaki tersebut bertanya apakah yang dia boleh buat untuk membalas budi Limau Purut. Limau Purut bergurau mengatakan kalau betul lelaki itu nak balas budi, tolong culik Tuan Puteri dan siksa adik tirinya Limau Nipis. Dua minggu sebelum hari raya, Tuan Puteri telah diculik dan dikurung di sebuah menara tinggi oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Putera Justin Bibir. Bermulalah penderitaan Tuan Puteri setelah diculik. Manakala Limau Nipis pula memulakan misinya untuk menyelamatkan Tuan Puteri. Limau Purut yang rasa bersalah turut serta menolong Limau Nipis untuk menyelamatkan Tuan Puteri. Berjayakah Tuan Puteri diselamatkan dan mereka menyambut hari raya bersama, ataupun mereka semua bakal bergelar musafir di Aidilfitri?

Watak & Perwatakan

Limau Nipis (Muaz)

Berusia lingkungan 20-an. Seorang pemuda yang jujur dan telah berjaya menawan hati Tuan Puteri. Seorang suami yang penyayang dan sanggup bekorban apa sahaja untuk isterinya. Seorang yang pemaaf terhadap abang dan bapak tirinya.

 

Limau Purut (AG)

Berusia lingkungan awal 20-an. Seorang pemuda yang malas bekerja, tetapi bercita-cita tinggi. Kecewa setelah dilantik sebagai pelawak istana. Suka bertindak melulu dan tidak berfikir panjang.

 

Tuan Puteri (Haiza)

Berusia 20-an. Seorang puteri raja yang tidak memandang status dan kedudukan. Sangat mencintai suaminya.

 

Putera Justin Bibir (Khai Bahar)

Berusia 20-an. Seorang putera dari sebuah negeri paling terpencil. Mempunyai kesaktian. Suka menyamar sebagai orang biasa. Seorang yang berpegang pada janji.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement