Home > #CeriteraKool > Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Peragawati Ini Terjatuh Semasa Catwalk

Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Peragawati Ini Terjatuh Semasa Catwalk

Seorang peragawati pertunjukan fesyen terkenal, mendapat pujian netizen, apabila tetap bersikap profesional biarpun terjatuh diatas pentas peragaan.

Perkara berkenaanterjadi sewaktu peragawati bernama Ming Xi itu sedang memperagakan pakaiannya dalam satu sesi pertunjukan di Shanghai Isnin lalu.

Melalui beberapa video yang sempat dirakamkan, jelas kelihatan gadis itu tergelincir susulan terpijak kain miliknya sendiri, namun beliau dengan pantas bangun dan meneruskan peragaannya.

Peragawati itu juga meneruskan tugasnya dengan senyuman, tanpa sedikit pun menunjukkan riak wajah dia dalam kesakitan.

Sikap profesional Ming Xi itu dipuji bukan sahaja penonton yang menyaksikan pertunjukan fesyen itu, tetapi juga dalam kalangan netizen.

“Sudah tujuh tahun saya bergelar peragawati dan ini bukan kali pertama saya jatuh di pentas

“Walaupun sakit, saya tahu tugas perlu diteruskan. Terima kasih atas sokongan anda semua,” kata Ming Xi.

Ming Xi pernah dipilih memperaga pelbagai jenama fesyen dan sudah terbabit dengan pertunjukan fesyen berkenaan sejak tahun 2013.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply