Lihat Aksi Si Comel Ini Berduet Dengan Siti Nordiana | Kool FM
Home > Ceritera Kool > Lihat Aksi Si Comel Ini Berduet Dengan Siti Nordiana

Lihat Aksi Si Comel Ini Berduet Dengan Siti Nordiana

/
21 Jul 2017
/ /

Semalam video duet yang berdurasi 1:00 minit antara Siti Nordiana bersama dengan seorang kanak-kanak kecil yang dikenali sebagai adik Husna telah viral di laman sosial instagram.

Video tersebut turut dimuat naik sendiri oleh Siti Nordiana sendiri dan sehingga kini, video berkenaan telah meraih 109.9K tontonan dan tidak ketinggalan netizen turut meninggalkan beberapa komen positif terhadapnya.

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Umum mengetahui Siti Nordiana memang aktif di aplikasi tersebut, namun video kali ini amat mencuit hati netizen apabila Nana mahu bergandingan bersama si cilik ini.

Lebih menarik lagi, dalan video itu adik Husna sempat bertanya kepada bapanya:

Ayah, salah takpe? Takpe? Ok!

Rata-rata netizen memuji sifat kecomelan adik Husna melalui rakaman lagu nerkenaan bersama Siti Nordiana menerusi lagu yang bertajuk Terus Mencintai nyanyian pernyanyi tersebut sendiri. Good Job adik!

Leave a Reply