Connect with us
Salam Aidilfitri

Gaya Hidup

Lepas Dah Boleh Shooting , Pangung Wayang Pun Akan Kembali Dibuka?

Published

on


Memandangkan negara kita mencatatkan penurunan angka jangkitan COVID 19, kerajaan pun sudah melonggarkan beberapa perkara seperti membenarkan sesi penggambaran.

Jadi, bolehlah mana-mana syarikat produksi menarik nafas lega. Setidaknya para pelakon dan kru drama adalah duit sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, bukan main redah sahaja nak shooting tau. Ada beberapa benda yang dipatuhi.

Ada beberapa babak yang kena diolah semula untuk memastikan kontak antara pelakon dan kru dikurangkan. Kalau scene gaduh itu, mereka kena gaduh melalui telefon sahaja.

Lepas berita pengambaraan diluluskan, dengar cerita panggung wayang pun bakal dibuka semula. Sejak PKP dilakukan, sektor panggung wayang memang tak dapat income.

Sumber: The Star

Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Yeoh Oon Lai pun berharap kerajaan akan memberi kebenaran untuk meneruskan operasi dengan beberapa prosedur. Walaupun tak ada keuntungan masuk, namun pihak pawagam itu masih tidak buang pekerja untuk menjaga kebajikan staf mereka.

“Kami memanfaatkan pelbagai program yang kerajaan wujudkan termasuklah Program Pengekalan Pekerja (ERP). Ini bagi meringankan beban kakitangan penting kami yang terkesan daripada penutupan operasi sekarang.

“Perniagaan pasti akan dapat diteruskan semula dan keutamaan kami adalah untuk mengekalkan pekerja kami. Kami sebaiknya mahu mengurangkan penderitaan pekerja dan berusaha untuk pastikan kebajikan mereka terjaga,” katanya.

Sumber: Irishtime

Antara prosedur yang dicadangkan oleh pawagam ialah mereka akan sediakan sanitasi tangan, periksa suhu badan pelanggan, buat penjarakan sosial dan pasang video keselamatan.

Namun, setakat hari ini kerajaan belum keluarkan apa-apa kenyataan lagi. Anda rasa macam mana? Wajar ke kita buka balik panggung wayang untuk semua?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement