Connect with us

Berita

Lepas 17 Tahun, Akhirnya Dia Kantoi!

Wanita ditangkap selepas 17 tahun melarikan diri !

Published

on

Tak semua adegan dalam filem tu adalah benar, contohnya melarikan diri dari pihak berkuasa dan menggunakan identiti berlainan. 

Realitinya, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua… dengan bantuan teknologi canggih.

Selepas 17 tahun meloloskan diri, seorang wanita akhirnya ditangkap kerana membunuh teman lelakinya selepas dikenal pasti sistem pegecaman wajah susulan sesat dan bertanyakan arah jalan di pos kawalan lebuh raya.

Wanita itu dilaporkan melarikan diri ke Shanghai selepas membunuh teman lelakinya di Yunnan, dan sejak lebih sedekad lalu menggunakan pelbagai nama samaran sehingga tidak dapat dijejaki pihak berkuasa.

Bagaimanapun, suspek yang bersama rakannya berjaya dikesan teknologi pengenalpastian wajah berdasarkan pangkalan data suspek dikehendaki.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan wanita itu berjalan ke arah pos kawalan di lebuh raya Huchang pada jam 3.20 petang, 6 Januari lalu. Lapor badan penyiar CCTV, sebaik dia masuk ke pejabat itu, penggera berbunyi menandakan suspek dikehendaki berada di premis itu.

Ketika disoal, wanita itu mengaku tiada pengenalan diri dan mendakwa namanya Zhang yang bercanggah dengan maklumat dalam sistem.

Anggota polis trafik Lu Chunhui kemudian menyuruh rakannya memanggil nama sebenar wanita itu iaitu Li Lineng dari jauh untuk melihat reaksinya. Wanita itu terus menyahut dan menoleh sebelum akhirnya menyedari identiti sebenarnya sudah diketahui.

Sumber Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement