Home > #CeriteraKool > Lepas 14 Tahun, Mereka Akhirnya Give Up!

Lepas 14 Tahun, Mereka Akhirnya Give Up!

Sebuah keluarga di Shanghai, China akhirnya bersetuju menjual rumah mereka, selepas mendiami rumah tersebut yang terletak di tengah-tengah lebuhraya sejak tahun 2004.

Mr Xu , 87 tahun, bersama 8 ahli keluarga yang lain mengucapkan Selamat tinggal kepada rumah itu baru baru ini, yang terletak di tengah lebuhraya Hu Ting Bei di daerah Sonjiang.

Diorang setuju untuk berpindah, selepas hampir 14 tahun berunding, dengan pemaju berjanji menggantikan rumah mereka dengan 4 buah rumah flat baru, dan wang tunai berjumlah 2.3 juta yuan, bersamaan RM1.46 juta, bulan lepas.

Memetik laporan agensi Daily Mail dan Harian Metro, rumah 3 tingkat tu dirobohkan pekerja dalam tempoh 90 minit sahaja.

Keluarga Xu telah menerima notis merobohkan rumah tu pada 2003 untuk pembinaan lebuhraya baru, tapi, Xu sekeluarga taknak pindah sebab tak puas hati dengan pampasan yang ditawarkan. Dan selama 14 tahun itu lah, rumah Xu utuh di tengah lebuh raya 4 laluan, dan menyebabkan jalan terpaksa dikecilkan kepada dua laluan dan melingkari rumah tersebut, yang turut menyebabkan kesesakan trafik.

Menantu Xu berkata, dia pernah menyatakan kesanggupan untuk berpindah kerana keadaan rumah mereka yang di tengah-tengah lebuhraya telah menyebabkan kemalangan serius sebanyak 3 kali, termasuk kejadian sebuah teksi yang melanggar dinding rumah mereka.

Mereka sekeluarga dah berpindah ke sebuah apartment yang disewa seketika, sementara menunggu 4 rumah flat yang dijanjikan, siap dibina.

Ini pula antara rumah rumah yang dibina di lokasi lokasi yang agak pelik:

Sama konsepnya dengan di Beijing, rumah yang digelar “Lone House” ini milik sebuah keluarga yang bermatian-matian tidak mahu berpindah dan menjual rumah tu. Tapi lama kelamaan mereka terpaksa akur untuk berpindah.

Di wilayah Guangdong, China, dua buah rumah ini terletak betul-betul di atas sebuah kilang. Selepas dibina, saiz rumah itu terlebih besar daripada pelan asal, menjadikan rumah itu tidak selamat diduduki.

Pada 2013, 25 buah rumah dibina secara haram di atas sebuah pusat membeli belah di Hengyang, wilayah Hunan. Ketika ini, rumah rumah tu menjadi dorm untuk pekerja di pusat beli belah tersebut.

Di Utara England, pembinaan rumah atas pokok adalah simbol protes. Selama 4 tahun, penduduk mendirikan rumah di atas pokok pokok ini untuk mempertahankan kawasan mereka yang bernama Nine Ladies di Stanton Lees daripada digali untuk mendapatkan batu gritstone.

Ada juga yang memilih untuk bersendiri dengan mengunci diri dalam sebuah rumah sempit, seperti di Warsaw. Rumah mikro ini yang dipanggil Rumah Keret dibina antara dua bangunan, dan mempunyai keluasan 36 inci sahaja.

Dekat sebuah bandar di Bajina Basta, Serbia, sebuah rumah yang dibiina pada tahun 1968 berdiri teguh di atas seketul batu besar selama 50 tahun, di tengah tengah sungai Drina.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply