Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Lelaki Pertama Di Dunia Kena Boikot

Published

on


Apabila kita tidak berpuas hati dengan sesuatu keadaan atau pun acara yang sedang berlaku, sebagai salah satu contoh untuk membuktikan ketidakpuasan hati, seseorang orang atau sekumpulan orang ramai akan bertindak untuk melakukan sesi boycott atau dalam ejaan Bahasa Malaysia sebagai boikot.

Tidak kisah la dalam apa saja sekali pun atau bagaimana cara sekali untuk kita boikot, ianya sebagai tanda memberontak dengan cara paling aman sekali. Sama ada boikot tentang acara sukan, rancangan TV, filem mahupun acara yang melibatkan politik sekali pun. Bila dengar je ada aktiviti boikot ni, ramai yang bersemangat untuk join sekali.

Tapi pernah tak korang terfikir, daripada mana wujudnya aktiviti yang digelarkan sebagai boikot ini? Siapakah yang memulakannya. Kenapa ianya dipanggil atau digelarkan sebagai “boycott”?

Sejarah asal usul boikot ini datangnya jauh ketika zaman ataupun tahun 1880 lagi. Ianya berlaku disebabkan oleh seorang bernama Kapten Charles Boycott. Ketika musim Irish Land War yang berlaku pada lewat tahun 1800. Kapten Charles Boycott ditugaskan sebagai ejen hartanah mewakili seorang tuan tanah yang bernama Lord Erne di County Mayo, Ireland.

Pada tahun 1880, kawasan County Mayo menghadapi musim menuai yang teruk. Maka Lord Erne merasakan berbesar hati untuk menawarkan 10% pengurangan sewa kepada setiap penyewa tanahnya. Namun para penyewa tanah Lord Erne tidak berpuas hati kerana merasakan pengurangan sewa tersebut terlalu sikit dan menuntut pengurangan sebanyak 25%.

Lord Erne enggan memberikan apa yang dituntut oleh penyewa-penyewa tersebut lalu menghantar ejen tanahnya yang sangat dipercayai iaitu Kapten Charles Boycott untuk mengusir penyewa-penyewa yang memberontak.

Sejurus selepas apa yang berlaku, seorang daripada ahli Irish Land League yang dikenali sebagai Charles Stewart Parnell telah mencadangkan untuk berurusan dengan tuan tanah dan ejen hartanah tersebut dalam bentuk pengucilan sosial secara damai ataupun senang cerita memulaukan mereka secara aman instead of mengunakan kekerasan.

BOYCOTT KENA BOIKOT

Image via: https://alchetron.com/

Charles Stewart Parnell mengusulkan kepada ahli komuniti tempatan untuk hanya mengabaikan Lord Erne dan Kapten Charles Boycott dan tidak berurusan perniagaan langsung dengan mereka.

Tidak lama setelah berita pengusiran Kapten Charles Boycott tersebar, dia mendapati dirinya terpencil atau dikecualikan dalam masyarakat setempat. Walaupun menerima padah permasalahan ekonomi dalam jangka masa pendek yang terpaksa dilalui oleh ahli komuniti setempat, pekerjanya berhenti bekerja di ladang dan kandangnya, begitu juga di rumahnya. Kerana mereka ingin meneruskan memboikot Kapten Charles Boycott. Kebanyakkan ahli perniagaan menhentikan urusan mereka dengan Kapten Charles Boycott, termasuk postman yang turut tidak mahu menghantarkan surat ke rumah Kapten Charles Boycott.

Disebabkan Kapten Charles Boycott telah di boikot oleh masyarakat setempat, beliau terpaksa mengupah bekerja-bekerja dari luar kawasan ladang miliki beliau. Kapten Charles Boycott turut mengupah 50 orang tenaga kerja untuk bekerja di ladangnya itu walaupun menghadapi situasi kewangaan yang bahaya. Kapten Charles Boycott turut mengupah 1,000 polis bersenjata dan tentera untuk menjaga kawasan perumahan dan ladang milik beliau. Walaupun komuniti Irish Land League telah menjanjikan tiada sebarang keganasan yang dilakukan oleh mereka sebagai tanda protest, mereka hanya memulaukan Kapten Charles Boycott.

Disebabkan ramai yang masih lagi memboikot Kapten Charles Boycott, beliau terpaksa menanggung kerugian yang amat besar kerana terpaksa membayar kos perbelanjaan yang tinggi untuk bekerja-bekerja dari luar kawasan dan polis serta tentera yang menjaga persekitaran kawasan ladangnya.

Selepas musim menuia tamat, boikot terhadap Kapten Charles Boycott masih lagi diteruskan. Sejurus selepas itu, media arus perdana telah membuat liputan tentang perkara itu, dimana nama Kapten Charles Boycott menjadi tular di setiap dada akhbar.

Seorang penulis bernama James Redpath untuk syarikat akhbar New York Tribune adalah penulis pertama yang telah mengunakan perkataan “boycott” yang diterbitkan di dalam berita antarabangsa selepas kejadian yang menimpa Kapten Charles Boycott. Akhbar The Times mengunakan terma atau istilah “Boycott” untuk mengambarkan sebuah pengasingan yang dibuat secara teratur dan aman damai pada November tahun 1880.

Setahun kemudian, pada tahun 1881, terma “boycott” atau boikot telah diguna pakai secara rasmi dan menyeluruh untuk menggambarkan sesuatu secara kiasan. Perkataan tersebut juga telah dimasukkan sebagai bahasa Inggeris yang digunakan seluruh dunia.

Masa kena dengan situasi kita sekarang ni, kita beramai-ramai seharusnya memboikot niat ataupun keinginan untuk keluar dari rumah kita, terutama sekali ketika musim PKP ni. Please boikot keluar rumah gais!

KATALAKI: Boikot kalau tukar jantina, dia jadi gurlkot hihihi…

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement