Connect with us

Berita

Lelaki Maut Angkara Telan 246 Paket Dadah

Seorang lelaki dilaporkan maut ketika dalam penerbangan dari Bogota ke Tokyo gara-gara menelan 246 paket dadah jenis kokain.

Published

on

Seorang lelaki dilaporkan maut ketika dalam penerbangan dari Bogota ke Tokyo gara-gara menelan 246 paket dadah jenis kokain.

Menurut kenyataan pejabat pendakwa raya negeri Sonora berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Udo ‘N’ berusia 42 tahun mengalami sawan selepas menaiki pesawat yang berlepas dari ibu kota Colombia ke Mexico City.

“Anak kapal melihat seorang penumpang mengalami sawan dan memohon kebenaran untuk melakukan pendaratan cemas di Hermosillo, Sonora.

“Sebaik pesawat mendarat jam 2.25 pagi waktu tempatan pada Jumaat lalu, anggota paramedik tiba memberi bantuan sebelum mengesahkan lelaki itu meninggal dunia,” katanya.

Selepas mayat dibawa keluar, pesawat yang membawa seramai 198 penumpang itu kemudian meneruskan perjalanan ke Jepun.

Hasil siasatan mendapati lelaki terbabit menelan 246 paket kokain yang setiap satunya berukuran 2.5 sentimeter dan punca kematian adalah disebabkan otaknya membengkak akibat mengambil dos yang berlebihan.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement