Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Lelaki Kurang Siuman ‘Terjun’ Ke Lubuk Buaya, Nasib Baik…

Penduduk Taman Sri Dagang yang terletak berhampiran Bintulu, Sabah pagi semalam dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki berbogel yang terjun ke Sungai Kemena.

Published

on

Penduduk Taman Sri Dagang yang terletak berhampiran Bintulu, Sabah pagi semalam dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki berbogel yang terjun ke Sungai Kemena.

Ketika kejadian itu, lelaki terbabit yang dipercayai kurang siuman kelihatan berjalan kaki tanpa memakai sebarang pakaian sebelum tiba-tiba terjun ke dalam sungai berkenaan.

Lantas, tindakan berani mati lelaki itu mencetuskan panik penduduk setempat kerana sungai berkenaan dikenalpasti antara yang memiliki buaya paling banyak di Sarawak.

Gambar hiasan

Seramai sembilan anggota Bomba dan Penyelamat Bintulu dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas dihubungi orang awam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata lelaki berkenaan sememangnya mahu mencari buaya di dalam sungai terbabit.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati pemuda berkenaan cuba menyelam ke dasar sungai yang sememangnya dihuni ‘Sang Bedal’.
“Kita kemudian cuba memujuknya berenang ke tebing sungai dan keluar dari lokasi kejadian namun gagal. Beberapa anggota kemudian terjun ke sungai untuk menyelamatkannya menggunakan tali dan jaket keselamatan,” katanya.

Lelaki itu tidak bertindak agresif, sebaliknya mengikut sahaja arahan anggota bomba yang cuba membawanya ke tebing sungai.

“Mujurlah tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang operasi itu dijalankan. Pemuda berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement