Home > #CeriteraKool > Lelaki ini ugut bunuh anak Schumacher

Lelaki ini ugut bunuh anak Schumacher

Siapa tidak kenal dengan lagenda terkenal Formula One Michael Schumacher. Namanya sahaja sudah gah dengan rekod memenangi tujuh kejohanan dunia .

Schumacher ketika ini sedang dalam proses pemulihan di rumahnya di Switzerland daripada kecederaan kepada ketika mneluncur salji pada Disember 2013.

Baru-baru ini Schumacher mendapat ugutan bunuh kepada anaknya daripada seorang lelaki. Kes ini akhirnya menjadi kes makamah.

Makamah Jerman mengarahkan seorang lelaki yang mengugut mahu membunuh anak Michael Schumacher menjalani rawatan psikiatrik selain hukuman penjara yang ditangguhkan, denda 4,500 euro dan 50 jam kerja kemasyarakatan.

Lelaki berusia 25 tahun itu menghantar emel kepada isteri Schumacher: “Jika wang 900,000 euro (RM4.4 juta) tidak sampai kepada kami pada 31 Mac 2016, anak-anak kamu akan dibunuh.

“Dalam Formula Four, banyak kemalangan boleh berlaku.”

Anak lelaki Schumacher, Mick, yang kini 18 tahun, bertanding dalam Formula Three namun tahun lalu, dia dalam Formula Four. Anak perempuannya, Gina-Maria, 20, juga pemandu perlumbaan yang berjaya.

Polis dengan mudah mengesan lelaki itu yang menyertakan akaun peribadinya dalam emel berkenaan.

Hakim Eberhard Hausch di bandar Reutlingen, berkata: “Tidak munasabah seseorang yang siuman akan menyertakan nombor akaun sendiri.”

 

Sumber : Bharian