Berita
Lebih 190 Juta Rakyat Indonesia Mengundi Hari Ini
Hari ini, 17 April 2019 merupakan hari mengundi buat seluruh rakyat Indonesia bagi memilih presiden baru dan wakil rakyat masing-masing daripada jawatan kuasa kampung hinggalah ke Parlimen membabitkan lebih 245,000 calon.

Pilihan Raya Presiden kali ini menyaksikan persaingan sengit antara Presiden Joko Widodo atau dikenali sebagai Jokowi dan bekas jeneral, Prabowo Subianto.
Difahamkan, pengundian itu bermula seawal jam 7 pagi tadi waktu tempatan dan dijangka tamat pada jam 1 tengah hari, hari ini.
Sebagai rekod, ini kali pertama kesemua 245,000 calon yang bertanding diadakan secara serentak pada hari sama.
Sementara itu, Jokowi, 57, dilihat menjadi calon pilihan namun Prabowo, 67, yang menggunakan tiket nasionalis memberi amaran akan mencabar keputusan pilihan raya jika dia tewas.
Pada 2014, Prabowo kalah tipis kepada Jokowi dan gagal mencabar keputusan itu di mahkamah.