Connect with us

Berita

LBS lancar hartanah bernilai RM3 bilion

Published

on


Lim Hock San pada Mesyuarat Agung Tahunan LBS di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – LBS Bina Group Bhd. (LBS) bercadang untuk melancarkan hartanah dalam tempoh sembilan bulan akan datang dengan gabungan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM3 bilion.

Projek tersebut melibatkan KITA Sejati, KITA Mekar di KITA @ Cybersouth, Dengkil, Ritma Perdana dan blok baharu Pangsapuri Melodi Perdana di LBS Alam Perdana, Bandar Puncak Alam, Vines 3 di Cameron Golden Hills dan Emerald Garden 3 di Bandar Putera Indah, Batu Pahat, serta Bayu Hills di Genting Permai.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lim Hock San berkata, lebih daripada 80 peratus pembangunan hartanah kumpulan terletak di kawasan Lembah Klang.

“Prestasi jualan yang kukuh membuktikan bahawa strategi dan pembangunan LBS memenuhi keperluan pasaran. Sehingga 26 Julai lalu, kami telah mencapai jualan sebanyak RM780 juta,” katanya pada taklimat media bersempena Mesyuarat Agung Tahunan LBS ke-20 di sini baru-baru ini.

Sejak 3 tahun lalu, LBS telah menyerahkan sebanyak 5,526 unit rumah dan mensasarkan serahan berjumlah 7,181 unit pada tahun 2020 dan 2021.

Sehingga kini, LBS mempunyai 15 projek yang sedang berjalan dengan anggaran GDV sebanyak RM4.3 bilion.

Pada 30 Jun lalu, LBS memiliki bank tanah seluas 3,591 ekar dan ini akan menjadi penggerak kepada LBS dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

“Kami akan terus meneruskan strategi untuk membina lebih banyak perbandaran mampu dimiliki berteraskan 3 tiga tunggak utama, mampu dimiliki, kesaling hubungan dan komuniti,” jelas beliau.

Sehingga 15 Julai 2020, jumlah penjualan tanpa bil LBS kukuh dengan RM2 bilion dan LBS optimis dengan prospek pertumbuhan serta perkembangan syarikat dalam tempoh semasa dan akan datang.

The post LBS lancar hartanah bernilai RM3 bilion appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Copyright © Kool FM 2021. All rights reserved. Under Ripple, part of the Media Prima Group.