Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Lawa Dan Baik Anak Abby, Tudung Pun Labuh” – Wargamaya Kagum Dengan Cara Didikan Abby Abadi

Terbaru, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, berkongsikan cara yang diamalkannya dalam mendidik anak. Menjawab persoalan bagaimana dia mendidik anak-anak perempuannya bertudung atau menutup aurat seawal usia, Abby berikan beberapa tips buat wargamaya.

Published

on

Salah seorang penyanyi dari kumpulan Elite yang dahulunya terkenal sebagai “The Spice Girls Malaysia”, Abby Abadi, dilihat sering berkongsikan gambar bersama keluarga dan anak-anaknya di media sosial. Abby yang juga turut mempunyai butik 0nline di mana dia menjual pakaian muslimah seperti tudung, inner neck dan juga hand sock selalu bekerjasama dengan anak perempuannya, Marissa Dania yang kelihatan persis seperti model muslimah. Cantik Sangat Marissa ni walaupun baru berumur 16 tahun.

Menarik: “Cantiknya Berhijab” – Wargamaya Terpegun Melihat Kecantikan Nora Danish Mengenakan Hijab

Terbaru, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, berkongsikan cara yang diamalkannya dalam mendidik anak. Menjawab persoalan bagaimana dia mendidik anak-anak perempuannya bertudung atau menutup aurat seawal usia, Abby berikan beberapa tips buat wargamaya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik peribadinya itu, pelakon Gerak-Gerak Khas ini mendedahkan bahawa dia membiasakan anak-anaknya mengenal Allah sejak mereka bayi lagi supaya rasa sayang terhadap Allah itu dipupuk dari awal.

“Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji ALLAH. Bila selalu dengar mereka akan kanal dan cintakan Allah”

Antara cara lain yang dilakukan adalah dengan memakaikan mereka pakaian yang sopan sejak mereka kecil lagi. Lama-kelamaan, anak-anak ini akan terbiasa memakai pakaian berlengan panjang dan sopan.

“Makin besar mereka akan malu sendiri untuk berpakaian seksi”

Namun, Abby turut berpesan supaya ibu bapa tidak terlalu memaksa anak untuk bertudung terutama apabila mereka masih kecil.

“Boleh mula ajar anak pakai tudung dan menutup aurat sedari kecil tetapi janganlah terlalu memaksa mereka”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan perkongsian Abby. Ramai yang kagum dan memuji kecantikan anaknya Marisa yang dilihat ayu dan sopan dalam berpakaian.

Abby yang mempunyai 8 orang cahaya mata dilihat sentiasa tenang dalam menguruskan anak-anaknya. Mereka pun dilihat baik sangat. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat keluarga ini.

Menarik: Elfira Loy Galakkan Kongsi Perkembangan Anak Di Media Sosial

Sumber: Abby Abadi

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement