Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Lapangan Terbang ‘Tapak Sulaiman’ Dibuka 1 Oktober Ini

Keseluruhan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing menelan belanja RM72.4 bilion. 

Published

on

Lapangan terbang termoden China, Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing di Beijing  yang mengambil inspirasi bentuk tapak sulaiman akan dibuka sempena ulang tahun ke-70 kerajaan komunis pada 1 Oktober ini.

Kerja-kerja pembinaan lapangan terbang bernilai berbilion ringgit itu secara rasmi telah siap pada 20 Jun lalu dan tarikh pembukaannya diambil sempena hari ulang tahun penubuhan Republik Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949.

Lapangan terbang baru dengan empat landasan utama itu akan mencapai operasi penuh pada 2025, mampu mengendalikan 72 juta penumpang setahun.

Menjelang 2040, lapangan terbang berkenaan dijangka mempunyai lapan landasan, termasuk satu untuk kegunaan tentera dan dijangka mampu mengendalikan 100 juta penumpang setahun.

Untuk ketika ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield–Jackson di Atlanta, Amerika Syarikat, boleh menerima lebih 100 juta penumpang tetapi hanya menggunakan dua terminal.

China dijangka mencatat 1.6 bilion penerbangan setiap tahun mulai 2037, tambahan satu bilion berbanding 2017.

TRIVIA LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA DAXING

Keluasan: 700,000 meter persegi (kira-kira saiz 100 padang bola)
Arkitek: Zaha Hadid
Integrasi: Stesen kereta api dan metro untuk menghubungkan penumpang ke pusat bandar raya
Kos: 120 bilion Yuan (RM72.4 bilion)
Hab penerbangan: Delta Air France, KLM, Eastern Airlines dan China Southern Airlines

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement