Connect with us

Berita

Lapan individu kes bapa lacur anak disiasat

Published

on


KUALA LUMPUR: Dua lagi individu termasuk warga asing ditahan kerana dipercayai menjadi pelanggan kes bapa merogol dan melacurkan anaknya.

Sehingga kini, sebanyak lapan individu termasuk bapa tiri mangsa yang berusia 13 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan & Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

“Kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dengan cadangan tindakan diambil di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007 dan Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek ditangkap dan disiasat di bawah ATIPSOM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Kajang esok untuk permohonan perintah tahanan reman baharu.

Ujarnya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian atau sebarang kes sama diminta berhubung balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat, Asisten Superintendan (ASP) S. Vekram S. Sinnayah di talian 0194737108 @ 03-89114222.

Media melaporkan, remaja perempuan berkenaan dirogol sejak berusia 10 tahun dan dilacurkan bapa kandungnya pada pertengahan 2019 hingga Februari lalu sebelum ibu saudara mangsa membuat laporan polis.- UTUSAN

The post Lapan individu kes bapa lacur anak disiasat appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement