Connect with us
Kool FM

Berita

Lang Merah dapat ‘talian hayat’

Published

on


ALOR SETAR – Skuad Lang Merah yang dihimpit krisis kewangan menerima berita paling melegakan apabila tiga syarikat gergasi dikatakan bersetuju menjadi penaja baharu.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sudahpun bertemu ketiga-tiga syarikat berkenaan, namun belum boleh mendedahkan butiran terperinci kerana ia masih di peringkat rundingan.

Presidennya, Muhammad Sanusi Md. Nor berharap, penajaan itu dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi Kedah, termasuk tunggakan gaji pemain.

“Esok (hari ini) pun ada satu lagi penaja yang saya jemput untuk menyumbang kepada pembangunan bola sepak di negeri ini,” katany selepas melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, beliau menyedari keadaan ekonomi yang suram ekoran Covid-19 ketika ini mampu mempengaruhi keputusan penajaan termasuk jumlah peruntukan.

“Kita tengok macam mana permintaan penaja berdasarkan situasi semasa penonton tidak boleh masuk stadium, perkara seperti ini juga perlu diambil kira oleh penaja.

“Saya berterima kasih kepada penaja yang berminat untuk menghulur sumbangan untuk menaja pasukan Kedah,” katanya.

Perkembangan itu pasti melegakan pemain Kedah yang dikatakan sudah tawar hati untuk meneruskan latihan sedangkan Liga Malaysia (Liga M) akan bersambung kurang sebulan dari sekarang.

Kelmarin, seorang anggota skuad Lang Merah mendedahkan, semangat untuk mereka terus berlatih adalah penyokong dan jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

Dedahnya, ramai pemain, terutama import mula memikirkan untuk meninggalkan Kedah kerana sudah lima bulan tidak dibayar gaji, apatah lagi sambutan Hari Raya Aidiladha bakal menjengah tiga hari lagi.

The post Lang Merah dapat ‘talian hayat’ appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement