Connect with us
alt_img>

Donna

Lakukan Ini Jika Kereta Terhumban Ke Dalam Air!

Beberapa hari yang lepas kita digemparkan dengan berita mengenai kemalangan jalan raya di Jambatan Pulau Pinang membabitkan kereta SUV yang terbabas lalu terhumban ke dalam laut

Published

on

Beberapa hari yang lepas kita digemparkan dengan berita mengenai kemalangan jalan raya di Jambatan Pulau Pinang membabitkan kereta SUV yang terbabas lalu terhumban ke dalam laut.

Misi mencari mangsa yang terlibat mengambil sedikit masa kerana keadaan cuaca dikatakan tidak baik serta laut bergelora. Semalam kenderaan bersama mangsa berjaya dinaikkan dengan bantuan sebuah kren berserta anggota keselamatan. Ini bukan kejadian dan kemalangan kenderaan terhumban ke dalam laut yang pertama berlaku di lokasi terbabit. Banyak kes kemalangan yang telah berlaku sehingga melibatkan banyak nyawa melayang.

Ketika berada di atas jambatan, pastikan anda memandu kenderaan dengan penuh berhemah dan berada pada kelajuan yang sepatutnya. Awasi jarak kenderaan anda antara satu sama lain. Ramai yang suka memandu dengan laju di atas jambatan kerana fizikal jalan di atas jambatan yang dikatakan agak lurus dan menyeronokkan jika menekan pedal minyak dengan rapat. Hati-hati ya! Sebenarnya memandu di atas jambatan adalah sesuatu yang berisiko dan sangat bahaya. Jika perlu menggunakan jambatan tidak kira samada panjang atau pendek untuk menyeberangi laut atau sungai untuk ke seberang destinasi, bagi pemandu teruskan fokus kepada pemanduan anda. Biarkan penumpang anda sahaja yang menghayati atau melihat pemandangan kiri kanan yang mungkin menarik.
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement