Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Lagu Zuhud Tampilkan Seniman M.Nasir

Rapper, Kmy Kmo dan Luca Sickta tampil dengan lagu terbaru, Zuhud bersama Dato’ M Nasir.

Published

on

Rapper, komposer dan penerbit, Kmy Kmo dan Luca Sickta tampil dengan lagu terbaharu, Zuhud selepas kali terakhir muncul dengan single Gong Nekara pada tahun lalu.

Menariknya, single terbitan LsandBeats dan Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu menampilkan seniman terkenal, Dato’ M.Nasir.

Zuhud merupakan hasil ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta bersama Dato’ M.Nasir yang menggabungkan rentak hip hop dan elemen muzik tradisional Melayu seperti serunai dan gamelan.

Judul dan lirik lagu ini juga mengangkat sebuah konsep yang sinonim dalam Islam, Zuhud, iaitu untuk tidak meletakkan kepentingan kepada dunia semata-mata tetapi  lebih mengutamakan alam akhirat dalam kehidupan sehari-hari.

Pada 20 Disember lalu, video muzik rasmi Zuhud  arahan Yussuf Yunus  telah dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik yang dibintangi pelakon terkenal, Azri Iskandar itu telah mencatat lebih 286,000 jumlah tontonan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement