Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Lagu ‘Leka’ Dekat Dengan Kehidupan Iqram Dinzly

Semoga Iq Dinzly kekal menyinar dalam industri seni…

Published

on

Iqram Dinzly, atau kini lebih mesra dikenali sebagai Iq Dinzly, tampil berkolaborasi dengan penyanyi duo yang juga pasangan kembar, AishaHanim menerusi lagu baharu berjudul Leka. Apa yang istimewa tentang lagu ini adalah ia dikatakan mengangkat mesej dalam surah al-Asr dan menyentuh masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, kecurangan suami isteri, kepincangan institusi rumah tangga dan sebagainya.

Bagaimana ia dikatakan sangat sinonim dengan kehidupan Iq Dinzly, menurut AishaHanim yang dianggotai Syazara Aisha Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar, bait-bait lirik lagu Leka cukup dekat dengan liku kehidupan yang pernah dilalui oleh pelakon itu sebelum ini. Ia juga merupakan satu kelainan kerana membabitkan Iq Dinzly yang membuat kemunculan pertama dalam sebuah lagu.

Lagu Leka dikatakan banyak menerapkan mesej positif dalam diri, dan mesej disampaikan dalam bentuk santai supaya senang diterima pendengar. Menurut penyanyi duo AishaHanim, titipan mesej daripada  Surah al-Asr menjadi ilham penciptaan lirik lagu Leka bagi menyuntik kesedaran masyarakat supaya tidak lalai dengan duniawi. 

Pasangan kembar itu juga menyatakan mereka sudah lama mengenali Iq Dinzly disebabkan mereka berasal dari kampung yang sama di Ipoh, Perak. Malah, mereka juga rapat dengan arwah kakak Iq Dinzly, termasuk suami kepada arwah yang aktif bermain muzik bersama. Menurut mereka, pelakon tersebut sudah dianggap seperti adik sendiri, dan sebagai sahabat mereka terpanggil untuk menariknya kembali dari terus larut.

Mengenai kelakukan pelik Iq Dinzly di media sosial, pasangan kembar itu pada asalnya sama juga seperti orang lain yang berasa pelik dengan kelakuannya. Tetapi mereka percaya aktor tersebut mempunyai alasannya tersendiri. Ternyata, Iq Dinzly tetap berkelakuan normal seperti orang lain juga jika jumpa berdepan dengannya. 

Bagi Iq Dinzly pula, dia sangat berterima kasih kepada AishaHanim yang masih mempercayai bakat dan menyayangi dirinya seperti sebuah keluarga. Pelakon tersebut juga berharap lagu Leka dapat membawa namanya ke dalam industri seni semula.

Leka adalah hasil ciptaan Iqie Hugh dan nukilan lirik oleh Khalid. Kini, ia sudah boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music. Muzik video lagu Leka juga boleh ditonton menerusi YouTube AishaHanim sejak dilancarkan pada 9 September lalu.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement