Connect with us

Hiburan

“Lagu Baharu Sudah Siap Dirakam, Tapi Disebabakan …”

Semoga berjaya Fiza..

Published

on

“Baru-baru ini saya sudah siap merakamkan sebuah single baharu.”

Itulah jawapan penyanyi Fiza Halim selepas ditanya mengenai perkembangan terkininya.

Menurut Fiza, asalnya, untuk lagu berkenaan dirakam sebagai lagu tema sebuah filem, namun disebabkan berlaku sedikit masalah, projek single itu ditunda seketika.

Image result for fiza halim

Fiza turut menjelaskan yang dia masih belum dapat memastikan tarikh lagu tersebut akan dilancarkan, namun dia perlu sentiasa bersedia kerana bila-bila masa sahaja lagu itu akan dikeluarkan.

“Insya-Allah hujung bulan ini saya akan terlibat dengan penggambaran klip video lagu tersebut.”

Selain itu, Fiza memberitahu dia masih ditawarkan berlakon malah peluang berkenaan sentiasa ada serta tidak pernah surut.

Namun, dia kini terikat dengan komitmen terhadap keluarga terutama anak kecil,  Aleena yang kini berusia hampir 11 bulan.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement