Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Lagu² Seram Yang Dilarang Dengar Seorang Diri!

Published

on


Jarang sebenarnya orang nak dengar lagu untuk tujuan merasai keseraman. Kalau nak rasa seram baik pergi tengok filem hantu seram atau melawat rumah hantu. Walau bagaimanapun, lagu-lagu seram ni tetap terhasil dan boleh didengari secara umum di Youtube sekarang. Samada ia dihasilkan secara tidak sengaja atau sengaja, lagu-lagu ini bakal membawa korang ke dalam suasana yang ‘seram sejuk.’ Tapi ada daripada lagu-lagu ini menjadi seram bukan sebab melodinya atau liriknya, tetapi cerita background story bagaimana ia terhasil ataupun bagaimana lagu-lagu ini telah mengakibatkan kejadian-kejadian aneh yang menyeramkan. So apakah lagu-lagu seram yang korang tak patut dengar sorang-sorang tu?

KELAM MALAM

Kalau korang pernah tengok filem Pengabdi Setan, mesti korang tahu betapa seramnya melodi lagu ini yang dimainkan dalam babak seram filem itu. Tapi sebenarnya lagu ‘Kelam Malam’ ini turut diakui keseramannya oleh penulis lirik lagu tersebut. Isteri kepada penulis lirik ini, yang juga penyanyi asal lagu ini, juga dikatakan tidak gemar mendengar lagu ini. Mungkin terlalu seram untuk didengarkan seorang diri. Dalam filem Pengabdi Setan, lagu ini merupakan lagu yang dinyanyikan oleh watak ibu semasa zaman mudanya.

Walaupun melodi lagu ni kedengaran seperti lagu yang diciptakan pada tahun 1960-an, tetapi ia sebenarnya baru sahaja diciptakan khas untuk runut bunyi filem Pengabdi Setan. Menurut pengarah filem tersebut, Joko Anwar, pada asalnya beliau mahukan lagu yang mempunyai elemen lagu tahun 1960-an. Bila dah jumpa satu lagu, iaitu lagu ‘Di Keheningan Malam’ nyanyian Anna Mathovani, Joko terus berminat untuk menjadikannya sebagai lagu khas Pengabdi Setan. Tetapi disebabkan beliau gagal menghubungi pemilik asal lagu tersebut, maka bersama dengan rakannya beliau menghasilkan lagu ‘Pengabdi Setan’ yang diinspirasikan daripada lagu ‘Di Keheningan Malam.’ Tapi rasanya keseraman lagu Kelam Malam ni adalah disebabkan filem Pengabdi Setan itu sendiri. 

LINGSIR WENGI

Lagu ini merupakan lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Jawa. Ia pernah dipopularkan satu ketika dahulu semasa menjadi lagu latar filem seram Indonesia yang berjudul ‘Kuntilanak.’ Menurut gambaran yang dipaparkan dalam filem Kuntilanak, lagu ini merupakan lagu yang dimainkan semasa upacara memanggil hantu. Seperti judul filem seram Indoensia tu, lagu ini adalah untuk memanggil hantu Kuntilanak. Walau bagaimanapun, lirik asal lagu ini sebenarnya tidak mengandungi makna yang tidak baik seperti memuja hantu atau jin. Dikatakan asal usul lagu ini adalah untuk menolak gangguan makhluk halus atau syaitan.

Selain itu, lagu ini turut dinyanyikan oleh kaum ibu-ibu untuk menidurkan bayi mereka yang sukar tidur di waktu malam. Tapi lirik lagu ini untuk filem ‘Kuntilanak’ diubah sedikit dengan meletakkan unsur-unsur seperti memuja syaitan. Jadi mungkin lagu ‘Lingsir Wengi’ versi filem yang tak patut korang dengar tengah malam sorang-sorang!

NINA BOBO

Ini antara salah satu lagu yang dikaitkan dengan keseraman melampau satu ketika dahulu. Siapa yang tak tahu kisah disebalik lagu ni pun boleh rasa seram dengar lagu ni dengan melodinya yang mendayu-dayu. Menurut kisah yang selalu diceritakan mengenai lagu ini, ia merupakan sebuah lagu yang diciptakan si ibu untuk menidurkan anaknya. Anak kecil yang bernama Helenina Mustika van Rodjnik dikatakan meninggal pada usia empat tahun. Selepas itu, si ibu terus mengalami kemurungan dan dikatakan sering menyanyikan lagu ini. Sampai lah satu hari Helenina pulang ke rumah kerana mendengar ibunya menyanyikan lagu itu. Jadi dari kisah ini lah sebenarnya menjadikan lagu ini bertambah seram.

NANG NAK

Okay ni kira lagu yang tiada nyanyian lirik dan cuma ada suara perempuan humming je, tapi ada suara perempuan menangis. Lagu ini merupakan lagu yang popular dengan filem seram Nang Nak dan dipercayai oleh masyarakat di Thailand sebagai kisah benar. Latar belakang kisah Nang Nak ni sebenarnya berasal dari seorang wanita yang cantik bernama Nak. Dikatakan wanita ini mati bersama bayi dalam kandungannya semasa nak melahirkan anaknya. Suaminya yang ketika itu yang sedang mengikuti peperangan tidak mengetahui kejadian sebenar. Lalu dia pulang ke rumah dengan melihat isteri dan anak yang baru dilahirkan itu masih hidup. Tapi akhirnya suaminya tahu juga yang Nang Nak sebenarnya hantu. Sehingga kini kisah hantu Nang Nak ni menjadi kisah seram sebenar yang dipegang oleh masyarakat Thailand. 

KATALAKI: Kalau rasa lemah semangat tapi nak dengar juga lagu-lagu ni, ajak lah member korang dengar sekali…

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement