Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Labah-Labah Bikin Sawang Dalam Telinga Warga Emas

Seorang warga emas berusia 60-an di Beijing  tidak menyangka bunyi gendang dalam telinganya ketika tidur rupanya labah-labah kecil yang masuk ke situ malah sempat membuat sawang di dalamnya. 

Published

on


Seorang warga emas berusia 60-an di Beijing  tidak menyangka bunyi gendang dalam telinganya ketika tidur rupanya labah-labah kecil yang masuk ke situ malah sempat membuat sawang di dalamnya.
Menurut pakar telinga, hidung dan tekak Cui Shulin memaklumkan saiz labah-labah yang memasuki telinga lelaki itu adalah sebesar kacang.
Selepas rasa terlalu tidak selesa dengan bunyi gendang di dalam telinganya ketika mahu tidur, lelaki itu mendapat rawatan doktor kerana mengesyaki ada serangga dalam telinganya.
Hasil endoskop menunjukkan seekor labah-labah sudah bersarang jauh ke dalam telinga pesakit itu, malah sempat membuat sawang untuk melindungi dirinya.
Dr Cui berjaya mengeluarkan haiwan itu dengan menyembur air ke dalam saluran telinganya dan pesakit berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dr Cui juga mendedahkan dia sering melihat serangga kecil masuk ke dalam telinga orang, namun kebiasaannya membabitkan haiwan seperti kumbang dan lipas.
Namun, ini kali pertama dia melihat labah-labah menyelinap masuk ke dalam telinga orang malah turut sempat membuat sawang.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement