Connect with us

Gaya Hidup

Kuih Tradisional Paling Senang Nak Buat! Jom Belajar Resepi Onde-Onde Inti Kelapa

Published

on


Kalau bab memasak lauk pauk memang nombor satu, tapi bila mak mertua panggil suruh buatkan kuih untuk minum petang. Alamak cepat-cepat google resepi! Donna faham, sesetengah wanita pasti mempunyai kelebihan masing-masing ada yang pandai masak masakan Melayu ada juga pandai buat kuih.

Anda tak perlu risau, sebenarnya mudah sahaja nak menyediakan kuih tradisional ni, salah satunya adalah buah melaka atau lebih dikenali sebagai onde-onde. Jika dapat dinikmati bersama teh panas, gigit pula inti tengahnya memang terasa manis gula melaka di dalam mulutnya.

Image result for onde onde

Sumber: friedchilies

Bahan-bahan diperlukan:

Untuk Inti:

  • 250g gula Apong/gula melaka
  • Kelapa parut dari setengah biji kelapa

Untuk doh:

  • 250g Tepung pulut
  • Jus Daun pandan+sedikit pewarna hijau secukupnya

Bahagian luar:

  • Kelapa parut(putih sahaja) +1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan

Kacau goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong, boleh tambahkan sedikit gula biasa jika mahu. Kacau sehingga gula benar-benar cair dan gaul sebati. Jika mahu inti nampak lebih gelap, tambahkan sedikit brown sugar (Jika mahu inti lebih lembap tambahkan sedikit air).

Padamkan api-inti sedia digunakan. Bancuh adunan tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk bulat-bulat. Masukkan inti dan bulatkan kembali..lakukan sehingga adunan habis. Jerang air dalam periuk (boleh letakkan daun pandan untuk aroma) sehingga mendidih, masukkan bebola doh berinti tadi dan ia akan timbul setelah masak. Kemudian angkat dan toskan. Gaul dengan kelapa parut tadi dah sedia dihidangkan.

Haa kejap je dah siap, kalau nak lebih seronok ajak anak-anak untuk buat kuih ini bersama-sama kan lebih cepat.

 

Untuk resepi lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Teringin Nak Makan Bihun Sup Utara? Jom Cuba Resepi Paling Simple Ni

Teringin Nak Makan Coconut Sweet Potato Ice Cream Di Bangkok? Ikut Je Resepi Ni

 

 

 

 

 

 

Sumber: myresepi

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement