Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Kualiti Tidur Orang Kaya Lebih Baik -Pakar

Published

on


Selain daripada boleh pergi berjalan ke mana-mana negara dan bergambar dengan barangan berjenama di Instagram. Orang kaya juga dikatakan memiliki tidur yang nyenyak dan berkualiti. Wow!

Ia merupakan laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat setelah melakukan analisa kepada 140 ribu orang dewasa. Hasilnya, semakin banyak duit yang dihasilkan, semakin besar kemungkinan untuk seseorang itu berehat dengan baik di malam hari.

via GIPHY

Tapi kajian ini tak dibuat untuk mengkaji perbezaan tidur orang kata dengan orang miskin tau. Salah seorang pakar yang terlibat bernama doktor Neil Kline menjelaskan ada beberapa sebab sebenarnya menunjukkan kenapa orang kaya boleh tidur dengan cukup dan berkualiti.

BACA: Ini Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tidur Dengan Rambut Basah

“Orang-orang yang mempunyai sumber pendapatan yang baik mampu beli rumah yang terletak di lokasi yang tenang, banyak ruang, dan kurang kepadatan orang. Maka kualiti tidur pun akan menjadi lebih baik,” katanya.

via GIPHY

Selain itu, Kline juga menyebut orang kaya memiliki akses kesihatan yang lebih baik. Ini kerana, tidur yang cukup adalah kunci utama kesihatan selain daripada makan makanan berkhasiat dan bersukan.

Kurang tidur boleh menyumbang kepada peningkatan risiko diabetes, sakit jantung, masalah mental dan kemalangan.

BACA: Pakar Sarankan Ibu Bapa Bacakan Buku Cerita Kepada Anak Sebelum Tidur Supaya

American Sleep Society  mencadangkan untuk memiliki tidur yang berkualiti dengan membuat jadual tidur, bersukan dan elak tidur siang.

Kalau anda mampu, apa salahnya laburkan wang yang ada untuk keselesaan tempat tidur seperti tilam yang baik dan suasana bilik yang menenangkan. Paling tidak, jagalah kualiti tidur anda dengan memastikan jam tidur anda cukup setiap hari. Kesihatan diri tak boleh dijual beli.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement