Home > #CeriteraKool > Krisdayanti Jalani Pembedahan Lasik Sebagai Hadiah Hari Jadi

Krisdayanti Jalani Pembedahan Lasik Sebagai Hadiah Hari Jadi

Penyanyi dari negara jiran, Kris dayanti atau KD menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43 baru-baru ini.

Seiring dengan pertambahan usianya tanggal 24 Mac lalu, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Menghitung Hari ini berkata, dia bersyukur kerana diizinkan oleh keluarganya menjalani pembedahan lasik.

Saya melakukan di Singapura, namun bukan bererti saya tidak menghargai doktor di Indonesia.

Berkongsi mengenai prosesnya menjalani pembedahan itu, KD mengaku sangat takut untuk melakukannya namun dia memberanikan diri demi mahu matanya kembali normal.

Prosesnya, selama tiga hari saya harus menanggalkan kacamata dan lensa. Selama 32 tahun saya pakai kacamata.

Isteri kepada ahli perniagaan Raul Lemos itu juga mengaku sangat berpuas dengan hasil pembedahan tersebut. Kalau sebelum ini dia pandangannya agak kabur, kini dia boleh membaca tulisan ataupun nombor dengan begitu jelas.

Ibu kepada Aurel Hermansyah itu mengaku membelanjakan kos yang besar untuk pembedahan itu.

Menurutnya, kos berkenaan menelan hampir 6500 Singapore dollar (kira-kira RM19,237), memang setengah harga dari yang di Jakarta.

 

Sumber dari: Detikhot.com

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply