Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Koronavirus Berpunca Dari Binatang Liar Di Pasar China?

Published

on


Isu Koronavirus masih lagi hangat diperkatakan. Kalau buka media sosial, pasti anda akan nampak beberapa laporan tentang virus ini yang semakin menular di negara China sehinggakan pihak kerajaan meninta orang ramai untuk tidak melancong ke negara tersebut dan mana-mana individu yang baru pulang 14 hari dari negara China perlu membuat pemeriksaan lanjut dengan kadar segera.

Mana tidaknya, virus ini sangat bahaya dan mudah dijangkiti. Lebih menakutkan lagi virus ini baru saja dijumpa dalam kalangan manusia jadi tiada penawarnya lagi. Bagaimanapun baru-baru ini menurut media tempatan China melaporkan, kumpulan doktor mereka telah menjumpai antidot untuk virus ini iaitu Nelfinavir yang mampu menurunkan tindakan balas penyebaran virus dalam sel manusia.

Sumber: cariangoogle

Tapi tidakkah kita terfikir bagaimana virus ini muncul? Menurut satu portal, kajian yang dilakukan oleh Institut Pengawasan dan Pencegahan Penyakit Virus Nasional di bawah CDC China memaklumkan, sampel yang berjaya diambil sekitar persekitaran pasar makanan laut Wuhan menunjukkan virus itu berasal daripada haiwan liar yang dijual dari pasar tersebut.

Tambah pihak mereka lagi, 33 daripada 585 sampel yang diperoleh sekitar pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan didapati mengandungi asid nukleik coronavirus baharu itu.

Cuba lihat rakaman berikut yang menunjukkan rakyat China menikmati hidupan liar seperti tikus, katak hidup-hidup. Lebih mengejutkan lagi, kanak-kanak lelaki disuap berudu hidup oleh orang dewasa dan ia dianggap biasa!

Mungkin inilah salah satu sebab mengapa Islam melarang kita memakan sesetengah binatang seperti katak, kelawar, ular, berudu, buaya, biawak, tikus dan mana-mana haiwan dua alam atau binatang yang diharamkan.

Sesungguhnya Yang Maha Besar lebih mengetahui daripada kita. Jauhkan perkara yang boleh memudaratkan kesihatan. Semoga rakyat Malaysia dilindungi daripada virus ini dan keadaan dapat dikawal dalam masa terdekat.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Novel Koronavirus Makin Menular! Ini Alternatif Yang Boleh Elakkan Dari Dijangkiti

Apa Hukum Vaksin Dalam Perspektif Islam?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement