Home > #CeriteraKool > Korang Sedih Tak Kalau Benda Ni Takde? Tahu Tak Apa Dia?

Korang Sedih Tak Kalau Benda Ni Takde? Tahu Tak Apa Dia?

Kalau korang adalah golongan yang lahir pada tahun 80an, korang mesti membesar dan kenal dengan program Paint di komputer tu kan? Bapak kita beli komputer baru, selain main game Minesweeper atau guna Encarta, program Paint tu menjadi kegemaran masa lapang bila takda benda lain nak buat dah, kan?

Ini ada berita sedih:

Syarikat Microsoft bakal menamatkan khidmat program Paint itu, secara berperingkat, selepas 32 tahun ia dicipta  pada tahun 1985 untuk Windows 1.0.

Program “graphic editing” kegemaran semua pengguna Windows itu tidak lagi akan mempunyai system sokongan yang sesuai, selaras dengan pengenalan Paint 3D pada April lalu.

Berita pengumuman penamatan program Paint adalah sebahagian daripada perancangan untuk menambah baik Windows 10 yang dijangka dilancarkan tahun ini.

Paint termasuk dalam senarai beberapa lagi program lain yang akan “dibuang”  daripada system terbaru Windows, antaranya Outlook Express, app Reader dan Reader list .

Sedihnya, kan?

Program Paint tu lah editor gambar paling simple dan senang, bila sesiapa yang tak pandai sangat nak guna Photoshop atau editor gambar lain yang lebih canggih. Program Paint tu lah yang membuatkan kita semua boleh conteng conteng, tulis-tulis, guna tool crop gambar, resize dan rotate, main shapes macam bulatan, segi empat, hexagon, curve, polygon atau triangle, kegemaran pelukis komik online bila lukisan mereka yang tak berapa kemas tetapi comel dan menarik perhatian, boleh mengecat guna berus pelbagai saiz, dan melukis umpama Leonardo da Vinci, hanya menggunakan mouse.

Seorang pelukis terkenal di luar negara yang dikenali sebagai Jim’ll Paint It dah menggunakan program Paint sejak sekian lama, melukis gambar-gambar yang sangat pelik dan hebat hanya menggunakan Paint, yang disarankan oleh orang ramai, di akaun Facebooknya. Dia kini mempunyai sekitar 700,000 followers di Facebook. Ini reaksi Jim’ll Paint It:

Ketika kita semua bergerak menuju ke zaman yang lebih moden, ini adalah langkah yang tepat oleh Microsoft yang juga menuju era 3D, yang lebih baru dan canggih.

Sesiapa yang ada soft spot dengan nostalgia, semestinya  merasai kehilangan program Microsoft Paint nanti.

(Gambar-gambar yang dipaparkan dalam artikel ni pun di edit menggunakan program Paint. Sangat senang dan berguna.)

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply