Connect with us
Kool FM

Sukan

Spectator Sukan – Tugas Sebenar FA Dalam Pasukan Bola Sepak Malaysia

Perbincangan hangat minggu ini…

Published

on

Dibawakan khas dalam episod Spectator Sukan di Kool FM pada Sabtu lepas, bekas jurulatih Selangor B. Sathianathan dan juga AlFadli Awaludin atau dikenali sebagai Rambo, dari Ultras Selangor. Antara isu yang dikupaskan adalah peranan utama Football Asscociation (FA) dalam perkembangan sesuatu pasukan bola sepak. Pastinya perbincangan ini telah membuka satu ruang untuk penambahbaikan pasukan bola sepak dalam negara.

Tanggungjawab Pengurusan Penting Untuk Perkembangan Pasukan

Perbincangan kali ini memang banyak fokuskan pada pasukan Selangor disebabkan tetamu jemputan juga merupakan bekas jurulatih Selangor dan juga penyokong tegar pasukan Selangor. Menurut Rambo, dia memandang peranan pengurusan itu sebagai kunci utama bagi kejayaan sesebuah pasukan. Perbandingan dibuat dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di mana dilihat kini banyak pemain-pemain bintang yang berada di JDT. Hal ini adalah kerana pengurusan yang baik serta bertanggungjawab terhadap latihan dan kebajikan pemain-pemain.

Menurut Rambo lagi, corak dan hala tuju sesebuah pasukan datang daripada pengurusan itu sendiri. Jika kegagalan pasukan hanya ditujukan kepada jurulatih semasa, itu adalah tidak adil kerana sebarang kejayaan atau kegagalan mencerminkan sikap pengurusan itu sendiri. Begitu juga dengan B. Sathianathan yang setuju dengan pendapat itu.

Selain itu, apa yang perlu dilakukan oleh FA juga adalah mendidik para peminat dan juga menyampaikan maklumat yang betul. Peminat bola sepak atau disebut fans selalunya akan menyalahkan jurulatih atau pengurusan dek kerana kekurangan maklumat yang tepat. Itu lah antara isu yang dilontarkan Rambo, iaitu FA gagal untuk educate peminat bola sepak.

Tambahan lagi, apa yang perlu disampaikan oleh FA adalah realistic target. Tidak sepatutnya meletakkan sasaran menang piala semata-mata. Segala maklumat dan komunikasi berkesan kepada fans perlu dilakukan agar semua fans faham dengan situasi sesuatu pasukan. Walaupun tulang belakang sesebuah pasukan adalah fans, tetapi Rambo dan juga B. Sathianathan juga mengakui ada fans yang kurang bagus kerana tidak mengikuti rapat perkembangan pasukan dan hanya tahu mengkritik. Tambahan mereka lagi, ada jenis yang kritik tetapi tidak datang stadium pun untuk menyokong.

Perlukan Tempoh 4 hingga 5 Tahun Untuk Bina Pasukan Mantap

Seseorang jurulatih memerlukan masa sekurang-kurangnya empat hingga lima tahun untuk menerapkan DNA yang mantap dalam pasukan. Tetapi di Malaysia tempoh bagi seseorang jurulatih itu hanya setahun sebelum diminta untuk menunjukkan hasil. Bagi bekas jurulatih Selangor, tempoh setahun tidak cukup untuk menampakkan hasil.

Merujuk contoh kelab gergasi Liverpool selepas diambil alih Jürgen Klopp, hasil permainan mantap pasukan terbabit juga dapat dilihat hanya selepas 4 tahun. Sekali lagi, pihak pengurusan juga perlu melihat perkara ini sekiranya inginkan hasil seperti kelab-kelab bolasepak yang hebat. Selain itu, kebajikan dan juga fasiliti yang lengkap juga perlu dijaga bagi menjamin pemain-pemain semua kekal fokus dan komited.

Fans Selangor Pernah Tetapkan Syarat Kepada B. Sathianathan

Bercakap soal perancangan yang betul, bekas jurulatih pasukan Selangor itu juga menyatakan bahawa kelebihan dan kekuatan yang ada pada pemain sekarang perlu digunakan. Tidak boleh mengharap pemain-pemain dapat menguasai skill seperti pemain-pemian dalam kelab di Eropah. Tetapi gunakan kekuatan yang ada dan tutup kelemahan terdahulu.

Antara perkara yang didedahkan oleh B Sathianathan adalah syarat yang pernah diberikan oleh salah satu fans Selangor kepadanya. Menurutnya, sewaktu syarat-syarat ini dilemparkan kepadanya, Rambo tiada masa itu. Antara syaratnya adalah peletakan jawatan sebagai jurulatih Selangor sekiranya kalah satu perlawanan daripada lima perlawanan pertama.

Jadi itu lah sedikit sebanyak perbincangan tentang isu semasa dalam arena bola sepak, khususnya bagi pasukan Selangor. Harap apa yang dibincangkan dapat diambil secara positif demi membangunkan bola sepak di Malaysia itu sendiri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement