Connect with us
Kool FM

Sukan

Spectator Sukan – Sabah Terpaksa Diketepikan, Hanya 15 Pasukan Bertanding Piala Malaysia.

Hanya 15 pasukan bertanding…

Published

on

Kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana ia sedikit sebanyak memberi impak kepada jadual dan juga tatacara dalam industri sukan. Perbincangan dalam Spectator sukan kali ini akan lebih tertumpu kepada sukan bola sepak, iaitu menyentuh kepada situasi semasa dalam saingan Piala Malaysia. Tapi sebelum itu, terdapat beberapa isu juga yang dikupas dan salah satunya berkenaan dengan situasi semasa Mohamadou Sumareh dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP). 

Apa Yang Tidak Kena Dengan Sumareh?

Ia merupakan isu yang masih belum menemui titik noktahnya. Terkini PNBP mengumumkan telah menjatuhkan hukuman secara sendiri kepada Sumareh. Berita ini sudah tentu menimbulkan spekulasi dalam kalangan pemerhati industri bola di mana ia dikatakan PBNP tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukum. Apa yang biasanya berlaku adalah segala isu dibawa ke pihak berwajib seperti FAM atau FIFA dan merekalah yang akan menjatuhkan hukuman jika didapati bersalah.

Menurut PBNP, Sumareh didapati bersalah kerana melanggar perjanjian kontrak. Maka dia tidak boleh lagi beraksi di Pahang untuk beberapa tahun. Namun, dari sudut pandangan lain, PBNP sememangnya mempunyai hak untuk tidak membenarkan Sumareh bermain bersama Pahang dalam mana-mana liga atau mana-mana perlawanan kendalian PBNP. Bagaimanapun, untuk tidak membenarkan Sumareh bermain bersama pasukan lain adalah bidang kuasa FAM ataupun FIFA.

Dalam masa yang sama, Sumareh turut mengakui agak tertekan dengan keadaan ini kerana keluarganya juga terkena tempiasnya. Dia turut dikatakan tidak boleh fokus bermain dengan pasukan Police Tero FC di Liga Thailand disebabkan isu yang sedang dihadapinya sekarang.

Logo Baharu Lari Daripada Identiti Pasukan?

Bagi yang mengikuti rapat perkembangan bola sepak tanah air tentu sudah mengetahui tentang rombakan yang berlaku dalam pasukan bola sepak tempatan. Salah satunya adalah perkenalan kepada logo baharu. Bagi setiap perkara yang baru pasti akan mendapat kritikan, dan isu logo ini adalah salah satunya. Antara logo yang mendapat kritikan pedas adalah logo baharu pasukan Kedah yang mana ia dikatakan seolah-olah seperti logo pasukan bola sepak sekolah.

Selain itu, terdapat juga persoalan yang timbul berkenaan keaslian logo pasukan Melaka United kerana ia dikatakan seperti logo yang ditiru kembali. Sememangnya logo ini merupakan elemen penting dalam pasukan bola sepak kerana ia melambangkan jati diri sesebuah pasukan. Seperti logo baharu Kelantan FC yang sebelum ini sinonim dengan kijang, namun dalam logo baharu mereka mengenakan haiwan rusa pula. Ia sedikit sebanyak menimbulkan kritikan dalam kalangan peminat.

Namun hal seperti logo ini jika terdapat pertukaran seperti dari penggunaan kijang kini menggunakan rusa, ia perlulah diperjelaskan kepada peminat-peminat. Isu berkaitan perlu diuruskan cepat bagi memberi laluan pasukan masing-masing fokus pada bola sepak yang sebenar.

Hanya 15 Pasukan Bertanding Piala Malaysia

Kesemua 15 pasukan yang bertanding dalam saingan Piala Malaysia perlu memulakan kempen dengan ‘gear lima’ selepas format pertandingan diubah kepada kalah mati musim ini. Berbanding saingan sebelum ini secara timbal balik di peringkat kumpulan sebelum memasuki fasa kalah mati juga dengan aksi timbal balik, justeru pasukan tidak boleh leka jika berhasrat untuk menjulang trofi tertua di Asia itu musim ini.

Bagaimanapun, pada awalnya terdapat 16 pasukan yang layak bertanding namun Sabah terpaksa menarik diri selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membenarkan perjalanan khas ke Semenanjung ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) di negeri itu. Jika diberi kebenaran bermain pun, berkemungkinan pasukan Sabah tidak boleh fokus pada perlawanan kerana keadaan Sabah yang masih kritikal. Maka, mereka yang diundi menentang Sabah akan menang secara automatik.

Berdasarkan kedudukan balang menjelang undian itu, dijangka balang A bakal diisi juara bertahan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) diikuti bekas juara sebanyak 33 kali, Selangor disusuli Perak, UiTM FC, Kedah, Terengganu FC serta dua pasukan Liga Perdana iaitu juaranya musim ini, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Manakala, balang B pula akan diisi oleh Pahang, Kelantan, Petaling Jaya City, Melaka United, Kelantan United, Felda United, Kuching FA dan Sabah. Dalam undian itu nanti, pasukan yang diundi bertemu Sabah akan diberi kemenangan percuma 3-0 sekali gus terus mara ke suku akhir.

Selain itu, dengan perubahan format Piala Malaysia ini, kesemua pasukan kini berpeluang merebut kelayakan untuk bersaing dalam liga Asia iaitu AFC. Setakat ini, kita sudah mengetahui bahawa JDT sudah layak ke peringkat Asia, begitu juga dengan pasukan Kedah yang layak bermain di liga Asia. Mungkinkah pasukan Selangor akan merebut kelayakan untuk bermain di peringkat Asia?

Walaupun dengan ketiadaan penonton, diharap kesemua perlawanan dapat berjalan lancar. Itulah sedikit sebanyak perbincangan dalam Spectator Sukan minggu ini. Tentunya lebih banyak lagi perbincangan menarik untuk minggu-minggu akan datang. Bagi anda yang terlepas mendengarkan Spectator Sukan setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, bolehlah dengarkan ulangannya di Catch-Up Kool, di laman sesawang Kool FM.

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Laluan Menjadi Jurulatih Dan Cabaran ‘Life After Football’

Spectator Sukan – Akibat COVID-19, Pengusaha Pusat Sukan Terpaksa Gulung Tikar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement