Connect with us
Kool FM

Sukan

Spectator Sukan – Jersi Home Selangor FC Dipuji, Logo Perak FC Dikecam?

Jersi Selangor FC habis dijual, tapi logo Perak FC kena kecam pula dengan penyokongnya…

Published

on

Negara masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun industri sukan tetap perlu diteruskan kerana kita pun sudah agak lama tak menyaksikan aksi-aksi kompetitif di pentas profesional. Kepada yang masih berteka-teki sama ada bolehkah kita bersukan dan menyaksikan acara-acara sukan, mungkin kita akan ketahuinya dalam tempoh terdekat. 

Menurut laporan, keputusan mengenai pembukaan sektor sukan dan rekreasi dalam tempoh PKP dijangka akan diketahui dalam tempoh terdekat ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata pihaknya sudah pun membentangkan permohonan kelonggaran untuk pembukaan sektor sukan dan rekreasi dalam tempoh PKP pada Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Sekiranya sektor sukan mendapat kelulusan untuk diteruskan, maka tugas kita pula adalah untuk beri kerjasama mematuhi segala SOP yang akan ditetapkan nanti. Permohonan ini juga kita tak boleh buat secara terburu-buru sebab banyak perkara perlu dipertimbangkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jadi buat masa sekarang, sebagai peminat sukan yang tegar, diharap bersabar. 

Legasi Mokhtar Dahari Pada Jersi Selangor 2021

Jersi merupakan lambang kebanggaan peminat bola sepak. Jadi tak salah sekiranya pelancaran jersi baharu sesebuah kelab bola sepak disambut dengan sorakan peminat dan laris terjual. Bagi Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) pula, jersi Home 2021 yang baru sahaja dilancarkan meletakkan “Legasi Mokhtar Dahari” sebagai elemen utama dalam rekaan jersi.

Menurut kenyataan rasmi, jersi tersebut mengambil inspirasi daripada rekaan jersi yang disarung oleh pasukan Selangor hanya untuk sekali iaitu sewaktu final Piala Malaysia pada tahun 1986, beliau merupakan tonggak utama pasukan dalam menjulang kejuaraan Piala Malaysia yang ke-27 pada tahun tersebut.

Lambang istimewa ‘SuperMokh’ turut diabadikan di belakang jersi Home musim ini sebagai tanda penghargaan kepada Allahyarham Mokhtar Dahari yang menyarung jersi ini semasa menjulang kejuaraan terakhirnya bersama pasukan Selangor. Memang istimewa sungguh jersi SFC tahun ini sehingga membuatkan peminat pasukan Selangor tak keruan kerana seolah-olah mengimbas kembali zaman kegemilangan pasukan Selangor sewaktu bersama Allahyarham Mokhtar Dahari.

Kontroversi Logo Perak

Di sebalik kejayaan pelancaran jersi baharu SFC, terdapat juga isu kontroversi yang melanda pasukan lain, iaitu Perak FC. Selepas beberapa hari melancarkan logo baharu mereka untuk digunakan sebagai lambang rasmi dalam saingan Liga Malaysia mulai musim 2021, Perak FC menerima kecaman hebat daripada para penyokongnya sendiri.

Logo tersebut memaparkan imej seekor seladang di atas lapisan hitam dengan bingkai berwarna kuning. Perkataan italic ‘Perak FC’ dan tarikh penubuhan pasukan ‘est 1921’ turut menghiasi logo tersebut. Antara punca ia dikecam adalah kerana para penyokong Perak FC sendiri menyifatkan logo tersebut tidak begitu menyerlah serta tidak mempunyai identiti pasukan.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk kekal dengan keputusan menggunakan logo baharu tersebut dan keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan yang dicapai sebelum ini oleh kepimpinan tertinggi Perak FC. Nak buat macam mana kalau keputusan dah dibuat, kecam mana pun tetap tak mengubah apa-apa. Tapi mungkin lama-kelamaan, para peminat akan terbiasa juga dengan logo tersebut.

Nicol Ann David Sekali Lagi Harumkan Nama Negara

Sebagai rakyat Malaysia, siapa je tak berasa bangga apabila nama Malaysia harum di pentas antarabangsa. Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, minggu lalu. Mungkin ia saat yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia kerana mengenali kehebatan beliau sebagai ratu skuasy. 

Anugerah tersebut merupakan anjuran Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan untuk ulang tahun ke-40 acara sukan dunia. Penganjuran anugerah itu bertujuan memilih atlet terbaik sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam mana-mana edisi sukan dunia yang diadakan buat pertama kalinya di Santa Clara, Amerika Syarikat pada 1981. Jadi memang ia merupakan antara anugerah tertinggilah buat seseorang atlet.

Sedikit perkongsian daripada Hanif Miswan, jaguh skuasy negara itu pernah memberitahu bahawa didikan daripada ibu bapanya yang membawa dirinya ke tahap di mana beliau berada sekarang. Ibu bapanya sangat serius membentuk dirinya untuk menjadi atlet yang berjaya. Selain itu, Nicol juga turut dikatakan membawa dirinya sebagai seorang atlet yang profesional dan berjaya di mana sahaja. 

Jadi, untuk menjadi seorang atlet world class, perlulah ada kredibiliti dan menunjukkan diri itu berbeza daripada orang lain. Apa-apa pun, atlet yang berjaya di peringkat dunia, semuanya bermula dari rumah dahulu. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Harimau Malaya Tak Menangis, Penting Ke Ranking Dalam Bola Sepak?

Spectator Sukan – Siapa Pemain Bola Sepak Malaysia Paling Mahal?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement