Connect with us
Kool FM

Sukan

Spectator Sukan – Harimau Malaya Tak Menangis, Penting Ke Ranking Dalam Bola Sepak?

Harap Harimau Malaya kembali mengaum!

Published

on

Masih lagi perlu mengamalkan norma baharu dalam bersukan, dan ia bukan alasan untuk kita tidak bersukan. Walaupun agak leceh, tapi kita perlu anggap ia sebagai satu tanggungjawab kita juga untuk memutuskan rantaian kebolehjangkitan COVID-19. Kalau dulu nak berjoging pun kena tunggu kawan ramai-ramai, sekarang dah tak perlu sebab tidak boleh lakukan aktiviti bersukan secara beramai-ramai. Begitu juga dengan aktiviti sukan yang lain. Nak berbasikal boleh je bergerak solo, yang penting aktiviti sukan berjalan seperti biasa.

Dalam Spectator Sukan minggu ini, topik yang menjadi perbualan hangat adalah topik yang tidak asing lagi tapi sering dimainkan kepada pasukan kebangsaan bola sepak kita. Isu ranking bola sepak dunia sekali lagi mendapat perhatian. Apa ada pada ranking? Itu persoalan yang ditimbulkan mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong selepas isu ranking skuad Harimau Malaya kembali hangat diperkatakan meskipun skuad bola sepak kebangsaan ‘berehat’ setahun tanpa sebarang aksi.

Menurutnya, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan ranking ke-153 dunia yang sedang diduduki skuad kebangsaan ketika ini meskipun dia mengakui memang ada peningkatan yang ditunjukkan oleh anak buah Tan Cheng Hoe dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam pada itu, sempat juga team Spectator Sukan mendapatkan pandangan ketua jurulatih Harimau Malaya sendiri tentang isu ini.

Apa Kata Tan Cheng Hoe?

Menurut ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, ranking pasukan kebangsaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini memang terdapat penurunan. Jadi apabila ia naik sedikit, kita perlu melihat dan ambil ia sebagai motivasi untuk bekerja lebih keras lagi. Tapi tugas untuk menambahbaik kedudukan ranking dunia bukanlah boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Selain itu, orang ramai juga perlu melihat secara keseluruhan bahawa pasukan sedang berada dalam landasan yang baik. 

Walaupun diberikan komen-komen yang negatif dan seperti tidak menghargai usaha pasukan, bagi Cheng Hoe ia sebenarnya sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja keras sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya. Jadi tidak perlu ambil yang negatif asalkan tugas yang dilakukan itu adalah ikhlas untuk tambah baik pasukan.

Raking Dan Mutu Permainan Kedua-Duanya Penting

Bagi Cheng Hoe, jika perlu memilih antara ranking dan mutu permainan, beliau akan memilih kedua-duanya kerana jika pemain mempamerkan aksi yang kompetitif, secara tak langsung ia akan menaikkan ranking negara.  Dalam bola sepak juga, beliau percaya tiada istilah ‘nasib’ dalam memenangi sesuatu perlawanan. Kalau ada konsistensi dalam pasukan, itu yang akan membuatkan pasukan berada dalam kedudukan terbaik.

Selain itu, Cheng Hoe turut mengakui dalam keadaan dunia yang sedang dilanda pandemik COVID-19, ia bukanlah satu keadaan yang terbaik buat para pemain dari segi psikologikal. Pemain bertaraf dunia juga tidak terlepas daripada terkesan. Jadi beliau berharap setiap pemain yang bersama pasukan kebangsaan dapat berfikiran positif dan jaga pemakanan serta kesihatan. Itulah yang akan membawa pasukan berada dalam prestasi terbaik. 

Berkongsi sedikit tentang keterujaan pasukan kebangsaan mendapat lampu hijau untuk kembali ke kem latihan, Cheng Hoe menyatakan dia dan juga anak-anak buah cukup teruja. Dah setahun lebih dia tidak berjumpa dengan pasukannya. Jadi harap suasana di kem latihan akan lebih baik daripada sebelumnya, dan pemain-pemain pun dapat berada dalam suasana yang harmoni. Harapan Cheng Hoe adalah untuk skuad kebangsaan berada dalam landasan terbaik dan tidak mahu terlepas peluang untuk mara ke pusingan seterusnya. 

Raking Harimau Malaya Tidak Ada Apa Nak Dibanggakan…

Sementara itu, komen peribadi Ahmad Muzammil, editor Semuanya BOLA menyatakan bahawa ranking pasukan kebangsaan yang dikatakan semakin menaik sekarang ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand dan Vietnam, ranking mereka jauh lebih baik daripada Malaysia. 

Menurutnya lagi, raking Harimau Malaya pada masa kini adalah silap sendiri. Menurut maklumat yang diterima Muzammil, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada berjumpa dengan seorang statistician dari Kuala Lumpur untuk tambahbaik ranking Harimau Malaya. Ikutkan wartawan sukan dah lama bangkitkan isu ini, sekitar tahun 2014 – 2015, iaitu tentang cara tambah baik ranking pasukan kebangsaan, namun tidak diendahkan oleh pihak berkenaan.

Jadi selepas baru-baru ini ada tindakan untuk berjumpa dengan statistician tersebut, maka menurut Muzammil masih belum boleh untuk diberikan kredit atas peningkatan ranking sekarang. Selain itu, Muzammil turut meminta untuk imbas kembali kenyataan yang diberikan oleh Datuk K Rajagopal sekitar tahun 2010 – 2012, dimana beliau pernah memberitahu bahawa ranking adalah tidak penting. Kalau diambil secara harfiah, maka kenyataan tersebut agak misleading

Tapi dalam konteks penuh, ia bermaksud ranking tak menggambarkan realiti keadaan sebenar. Jika diletakkan Malaysia berlawan dengan pasukan yang mempunyai ranking jauh lebih baik seperti Vietnam, pasukan kita tetap boleh berlawan secara sengit dan kompetitif. Menurut Muzammil lagi, isu ini patutnya datang dari awal lagi supaya pihak yang sepatutnya sedar cara untuk tambah baik ranking pasukan Harimau Malaya.

Bagi anda yang terlepas mendengarkan Spectator Sukan setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan mahu mendengar lebih lanjut perbincangan ini, klik sahaja di sini.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Siapa Pemain Bola Sepak Malaysia Paling Mahal?

Spectator Sukan – Penonton Bola Sepak Boleh Bersorak Di Stadium Bermula Awal 2021?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement