Connect with us
Kool FM

Sukan

Spectator Sukan – Atlet Sukan Juga Perlu Diberi Keutamaan Terima Vaksin COVID-19?

Ikuti perbincangan menarik mengenai sukan semasa negara dan luar negara, hanya di Kool FM…

Published

on

Dalam Spectator Sukan kali ini terdapat beberapa perbincangan yang menarik. Dengan perkembangan terbaharu dalam negara dengan ketibaan vaksin COVID-19 dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bakal berlangsung 24 Februari ini, nampaknya kancah sukan negara semakin menemui sinar. Kalau semuanya berjalan lancar, nampaknya gian kita semua untuk menyaksikan acara bola sepak secara langsung di stadium akan terlaksana.

Isu pertama yang dibincangkan adalah mengenai risiko pasukan Malaysia yang bakal terlepas slot automatik AFC Champions League sekiranya gagal menunjukkan prestasi terbaik di peringkat Asia 2021. Berdasarkan kedudukan semasa MA Ranking bagi Asia Timur, Malaysia kini menghuni tangga ke 11 dibelakang Indonesia dimana jika kedudukan ini kekal ia bakal menyebabkan kita hilang slot untuk layak secara automatik ke AFC Champions League.

Kalau hilang slot automatik ke AFC Champions League, maka ramailah peminat bola sepak tanah air yang kecewa tak dapat lihat pasukan kebangsaan beraksi di pentas antarabangsa. Dalam pada itu, mungkin ada juga yang tertanya-tanya kenapa Indonesia boleh pintas kedudukan Malaysia berbanding sebelum ini. Menerusi penjelasan lanjut, bagi tahun 2021, mata yang dikira adalah dari tahun 2018,2019,2020 dan 2021 sahaja. 

Oleh kerana musim 2020 tiada sebarang mata dan 2021 masih belum bermula, kedua-dua tahun ini masih lagi 0. 2021 akan berubah sekiranya ada pasukan yang beraksi dan mengutip mata. Apa yang membezakan Malaysia dan Indonesia pada ketika ini adalah jumlah kutipan mata pada tahun 2018 dan 2019 sebenarnya, di mana Indonesia mencatatkan 9.145 mata dan Malaysia hanya 8.083 mata.

Atlet Sukan Juga Perlu Diberi Keutamaan Terima Vaksin COVID-19?

Perbincangan seterusnya adalah mengenai vaksin COVID-19 dalam industri sukan negara. Demi meneruskan kelangsungan industri sukan, timbul cadangan untuk memberi keutamaan juga kepada atlet sukan untuk menerima vaksin dalam fasa pertama. Dengan melihat kepada jadual perlawanan bola sepak yang bakal bersambung tidak lama lagi, jadi ia mungkin dilihat satu cadangan yang baik. Lagipun, mereka antara golongan yang banyak merantau dengan aksi perlawanan yang diadakan dalam dan luar negara.

Tambahan lagi, perbincangan ini telah pun dibawa ke peringkat tertinggi. Dengan tiadanya vaksin, kemungkinan atlet-atlet negara tidak dapat beraksi di luar negara kerana ia mungkin menjadi salah satu kriteria wajib acara luar negara. Sukan Olimpik Tokyo juga bakal berlangsung tak lama lagi. Jadi ini juga membawa nama Malaysia, dan mungkin keutamaan itu boleh dibuat melalui prosedur yang betul. 

Rajagopal Minta Kerjasama Semua Pihak Majukan Bola Sepak Brunei

Datuk K Rajagobal yang baru dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Brunei meminta kerjasama dari semua pihak dalam negara bagi memajukan bola sepak Brunei Darussalam. Kedengaran macam pelik, namun itulah yang ditegaskan oleh Rajagopal untuk semua pihak terus beri sokongan kepada usaha yang dilakukan bagi melonjakkan mutu bola sepak Brunei.

Tapi seperti kita semua sedia maklum, Brunei tidak mempunyai pasukan yang ramai dan pilihan pemain yang ramai. Oleh itu, Malaysia boleh dijadikan contoh sebagai negara yang mempunyai infrastruktur bola sepak yang semakin berkembang. Jadi ini mungkin salah satu perancangan Rajagopal untuk jalinkan kerjasama dengan Malaysia untuk memajukan bola sepak negara tersebut. Tambahan lagi, dalam satu rantau (seperti kita, rantau Asia Tenggara) kita tidak boleh membiarkan rakan negara lain ketinggalan jauh kebelakang. Jadi mungkin disebabkan itu juga, Rajagopal mahu melihat negara-negara di rantau ini maju secara seiring dalam arena bola sepak.

Ada ‘Upin Ipin Cup’ Di Indonesia?

Dalam perkembangan lain pula, persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan badan pentadbir Liga Indonesia merancang untuk mengadakan kejohanan pra musim sebelum sepak mula musim baharu Liga 1 dan Liga 2. Kejohanan ini akan berlangsung pada bulan Mac atau April dan disertai oleh 20 pasukan sebagai perlawanan pemanas badan untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain.

Bagaimanapun, apa yang menariknya, pengurus Arema FC, Ruddy Widodo bersetuju jika kejohanan pra musim itu dinamakan sebagai ‘Upin Ipin Cup’ asalkan ia dibenarkan berlangsung. Tidak pasti adakah ianya sekadar satu gurauan ataupun tidak, namun seperti semua sedia maklum animasi Upin dan Ipin ini sangat popular di Indonesia. Walaupun tiada kaitan dengan bola sepak, mungkin populariti Upin Ipin ini akan mengembalikan kerancakan bola sepak di Indonesia.

 

Kalau terlepas perbincangan topik ini, klik link ini untuk dengar lebih lanjut.

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Harimau Malaya Tak Menangis, Penting Ke Ranking Dalam Bola Sepak?

Spectator Sukan – Jersi Home Selangor FC Dipuji, Logo Perak FC Dikecam?

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement