Connect with us
Kool FM

Sukan

Spectator Sukan – Abu Bakar Atan Kongsi Pengalaman Menonton Maradona Di Stadium Merdeka

Legenda bola sepak yang akan dikenang sepanjang zaman…

Published

on

Episod Spectator Sukan kali ini agak istimewa sedikit, seiring dengan pemergian legenda bola sepak dunia Diego Armando Maradona, Kool FM mengimbas kembali kehebatan beliau sepanjang berada dalam arena bola sepak. Beliau yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 60 tahun dikatakan sebelum ini dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. Pembedahan itu disahkan berjaya pada November lalu. 

Bagaimanapun, beberapa jam sebelum kematian Maradona, media Argentina melaporkan bekas bintang itu mengalami masalah kesihatan yang teruk dan dirawat oleh doktor persendirian di rumahnya. Ia merupakan berita yang sangat sedih buat dunia bola sepak kerana kehilangan legenda yang tidak ada gantinya. Ramai pemain bola sepak terkemuka dunia seperti Zlatan Ibrahimović turut berkongsi posting di media sosial sebagai penghormatan terkahir kepada legenda bola sepak itu.

Karakter ‘Nakal’ Maradona Menjadi Tarikan 

Selain itu Kool FM juga sempat menghubungi Abu Bakar Atan, pengacara sukan yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan bagi berkongsikan pengalaman dan memori indah terhadap Maradona. Menurutnya, Maradona merupakan satu pemain yang cukup istimewa. Walaupun pada waktu dahulu kita tahu ada pemain-pemain hebat seperti Pelé dan bintang-bintang lain, tapi kemunculan Maradona lewat 70-an dan awal 80-an cukup diingati.

Apa yang boleh dikongsikan, beliau mengatakan Maradona mempunyai karakter kenakalan serta kemanjaan sebagai seorang pemain bola yang berbakat dan itu yang membuatkan ramai tertarik dengannya. Dalam masa yang sama, Maradona juga dilihat mempunyai karakter yang sedikit ‘memberontak’ dalam aliran kancah bola sepak ketika itu. Tambahannya lagi, Maradona merupakan individu yang telah membawa satu perubahan bahawa seluruh masyarakat dunia terutamanya FIFA, perlu memberi penghormatan yang sepatutnya kepada pemain bola.

Ketika liga Itali baru nak mula terkenal, Maradona dilihat menjadi tonggak utama dalam kelab Napoli. Kelab Napoli ketika itu tidaklah dikenali sebagai kelab yang kaya seperti AC Milan dan lain-lain. Disebabkan Maradona berada di Napoli, maka semakin ramailah peminat-peminat fanatik yang lahir selepas itu. Jika melihat secara keseluruhan, Napoli boleh dikatakan komponen penting dalam kerjaya Maradona, dan Maradona juga penting kepada kejayaan kelab tersebut sehingga berjaya menaikkan nama Napoli.

Perlawanan Maradona Dan Mokhtar Dahari Dikenang Selamanya

Ia merupakan satu peristiwa bersejarah yang ramai tak tahu, terutamanya generasi muda. Pada 14 Januari 1982, bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, telah tercatat dalam sejarah arena bola sepak Malaysia yang mana Mokhtar Dahari menjadi antara pemain Malaysia pertama yang dapat bermain dengan legenda bola sepak dunia, Diego Maradona. Ketika itu menyaksikan kedua-dua pemain legenda ini bertukar cenderamata.

Turut menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung adalah Abu Bakar Atan yang pada ketika itu berumur 19 tahun. Beliau hadir sebagai penonton dan menyatakan perlawanan tersebut adalah sangat hebat. Pada ketika itu, walaupun tiada sesi engagement bersama pihak media dan sebagainya, perlawanan tersebut tetap hangat diperkatakan dan mempunyai tarikan tersendiri. Pada waktu itu, pemain yang mewakili Selangor juga dikatakan bukan calang-calang dengan adanya arwah Mokhtar Dahari serta pemain jemputan dari negara jiran seperti Fandi Ahmad dan juga Piyapong Pue-On. 

Image via: Facebook

Menurut Abu Bakar, perlawanan persahabatan pada masa kini tidak serancak dahulu. Kaki magik Maradona jelas kelihatan semasa perlawanan tersebut. Tiap kaki bola dikakinya, lincah pergerakannya dan banyak aksi-aksi menarik yang ditampilkan Maradona pada ketika itu. Maradona sebagai ketua pasukan ketika itu membuatkan dirinya sebagai tumpuan di stadium. Walaupun Selangor tewas 1-2 menentang pasukan Boca Juniors, rata-rata penonton menyatakan berpuas hati dengan perlawanan tersebut.

Sebagai perkongsian terakhir Abu Bakar Atan, beliau menyatakan apa yang boleh dipelajari dari mendiang Maradona adalah nilai kasih sayang dan kemanusiaan yang ditunjukkan sepanjang hidupnya. Beliaulah pemain bola yang betul-betul jiwanya kepada bola sepak dan tidak pernah sombong untuk memaparkan aksi-aksi menarik walaupun bermain dengan pasukan kampung. Bagi Maradona, bola sepak ini lebih daripada sekadar bermain bola dan sebab itulah Maradona akan kekal sebagai legenda bola sepak sepanjang zaman.

Aksi Kompetitif Dalam Sukan Perlu Disambung Semula

Menyentuh isu semasa dalam arena sukan semasa negara menghadapi pandemik COVID-19, Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj berkata, industri sukan perlu bergerak ke hadapan dengan mengambil contoh negara-negara lain yang telah mula menghidupkan kembali industri sukan mereka. Sudah tiba masanya untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan lain berbincang untuk mengadakan pertandingan dan aksi kompetitif walaupun negara masih dilanda pandemik COVID-19. 

Tambahan lagi, menurutnya atlet-atlet tidak sepatutnya sekadar menjalani latihan sesama sendiri tanpa perlu beraksi dengan lebih kompetitif. Mahu tak mahu, kita perlu terima hakikat bahawa COVID-19 berada di dalam komuniti. Selain itu, industri sukan juga merupakan industri yang melibatkan banyak pihak bukan sekadar soal kerjaya dan masa depan seseorang atlet. Apa yang perlu dilakukan adalah setiap sukan keluarkan prosedur operasi standard (SOP) masing-masing agar setiap acara dapat dijalankan dalam keadaan yang selamat.

Bagi anda yang terlepas mendengarkan Spectator Sukan setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan mahu mendengar lebih lanjut perbincangan ini, klik sahaja di sini.

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Azmeer Yusof Bakal Kembali Dalam Arena Bola Sepak & K Rajagopal ‘Dirisik’ Ke Brunei?

“Selamat Tinggal Selamanya, Legenda!” – Ini Kisah Maradona Bertemu Mokhtar Dahari Yang Ramai Tak Tahu

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement