Connect with us
Kool FM

Sukan

Rumah Ronaldo Dimasuki Perompak. Beberapa Bintang Bola Sepak Lain Jadi Sasaran?

Jersi ada tandatangan Ronaldo kena curi…

Published

on

Mungkin semakin kita dikenali, semakin kita mudah menjadi sasaran perompak. Bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo juga tidak terlepas apabila rumahnya dimasuki perompak dan didapati beberapa barang peribadinya hilang.

Kejadian rompakan tersebut dilaporkan berlaku di kediaman mewah milik penyerang Juventus yang dikatakan bernilai £7 juta (RM37.6 juta). Kalau ada yang teringin nak melawat dan melihat sendiri bagaimana rupa rumah pemain terbaik dunia yang mewah ini, bolehlah ke kepulauan Madeira di Portugal.

Menurut laporan, Ronaldo tiada di rumahnya semasa rompakan berlaku kerana ada tugasan bersama skuad kebangsaan Portugal. Manakala teman wanitanya, Georgina Rodriguez juga berada di Paris menghadiri minggu fesyen. Perompak itu pula dikatakan memasuki rumah selepas beberapa kakitangan Ronaldo membuka pintu garaj.

Antara barang yang dicuri adalah jersi Juventus yang mempunyai tandatangan Ronaldo. Nampaknya perompak ini seperti tahu apa yang perlu dicuri semasa memecah masuk ke rumah Ronaldo. Selain itu, pihak polis juga mengatakan perompak sudah dikenal pasti menerusi rakaman kamera CCTV dan dikatakan merupakan orang yang mereka kenali. Belum ada sebarang tangkapan setakat ini namun pihak polis kini sedang memburu suspek tersebut.

Rumah Gerard Pique dan bekas pemain depan Chelsea, Alvaro Morata, adalah antara pemain bola sepak terkemuka lain yang menjadi sasaran pencuri. Mungkin barang-barang peribadi pemain bola sepak dunia menjadi sasaran kerana mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.

Baca juga artikel menarik yang lain:

Spectator Sukan – Tugas Sebenar FA Dalam Pasukan Bola Sepak Malaysia

Mutu Pengadilan Tarmizi Disiasat FAM

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement