Sukan
Rossi Kecewa Positif COVID-19 Selepas Sehabis Baik Ikut Protokol
Semoga Rossi cepat sembuh.
Tiada siapa yang ‘kebal’ daripada wabak COVID-19, termasuk lah juara dunia tujuh kali kelas MotoGP, Valentino Rossi yang didapati positif COVID-19 awal pagi tadi. Dia juga bakal terlepas untuk beraksi di Grand Prix (GP) Aragon minggu ini, dan berkemungkinan juga terlepas untuk beraksi di Grand Prix Teruel di litar sama.

Image via:https://commons.wikimedia.org/
Pelumba Itali berusia 41 tahun itu membuat perkongsian melalui laman Twitter miliknya dengan menyatakan tentang keadaannya sekarang. “Malangnya apabila saya bangun tidur pada sebelah pagi, saya berasa tidak sihat. Tulang saya berasa sakit dan sedikit demam, jadi saya segera menghubungi doktor yang melakukan dua ujian ke atas saya.”
Menurutnya lagi, ujian buat kali pertama pada selasa lalu didapati negatif. Namun, ujian kali kedua yang diberikan kepadanya adalah positif.
— Valentino Rossi (@ValeYellow46) October 15, 2020
Rossi turut menyatakan rasa kecewa dan marah kerana sudah melakukan yang terbaik untuk mematuhi segala protokol yang ditetapkan serta menjalani proses kuarantin sendiri sejak tiba dari Le Mans. Dia juga kecewa tidak dapat beraksi di Aragon. Bagaimanapun, Rossi lebih gemar bersikap optimistik dan yakin.
Rossi yang berada pada tahun terakhir bersama pasukan pengeluar Yamaha, melalui musim sukar apabila terjatuh sebanyak tiga kali, sekali gus menyaksikan ‘The Doctor’ hanya mampu menduduki tangga ke-13 kedudukan pelumba. Tambahan lagi, ketiadaan Rossi menjadi satu tamparan hebat buat Yamaha selepas tidak dapat menggunakan enam staf teknikal mereka di Le Mans minggu lalu apabila salah seorang daripadanya didapati positif COVID-19.
Baca juga artikel menarik lain:
Rumah Ronaldo Dimasuki Perompak. Beberapa Bintang Bola Sepak Lain Jadi Sasaran?
Spectator Sukan – Tugas Sebenar FA Dalam Pasukan Bola Sepak Malaysia
Sumber daripada: Harian Metro