Connect with us
Kool FM

Sukan

Pelbagai Kecaman ‘Hujani’ Portimonense SC, Safawi Minta Peminat Jaga Adab

Harap semua bertenang ye…

Published

on

Ketiadaan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid pada aksi Liga Primeira Portugal ketika Portimonense SC menentang Santa Clara jelas tidak disenangi oleh peminat bola sepak tanah air. Kekecewaan penyokong negara hadir selepas menyangka Safawi bakal disenaraikan. Susulan itu, ratusan penyokong dan warganet tempatan mula menyerang Facebook Portimonense SC dengan mendakwa kelab berkenaan sengaja menggunakan nama pemain Harimau Malaya itu untuk mendapatkan perhatian di laman sosial.

Dalam pada itu, Safawi yang juga merupakan tonggak Harimau Malaya memohon peminat bola sepak negara supaya menjaga adab dan nama Malaysia terutama di laman sosial rasmi kelab Portimonense SC. Safawi menyatakan dia sedar akan harapan tinggi yang diletakkan oleh jutaan penyokong bola sepak tanah air yang mahu melihat dirinya beraksi di Portugal selepas menyertai kelab itu pada awal bulan lalu.

Katanya, dia sudah berusaha melakukan yang terbaik bagi memikat perhatian barisan kejurulatihan namun rezekinya belum sampai. Lantas, pemain kaki kiri berbisa yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim itu berharap semua pihak bersabar dan mendoakan kejayaannya di sana.

Haran Tinggi Peminat Tak Beri Tekanan

Menurut Safawi, dia tidak tertekan dengan tindakan penyokong yang meletakkan harapan tinggi di bahunya. Baginya, segala kekecewaan yang dirasai peminat tidak boleh dikawalnya, Namun dia berharap peminat bola sepak tanah air dapat menjaga adab kita di media sosial dan menunjukkan contoh yang baik kepada negara luar.

Tambahan lagi, Safawi  tetap menghargai peminat bola sepak negara yang sentiasa menyokongnya dan menganggap mereka adalah tulang belakang di atas kejayaannya selama ini.

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Sabah Terpaksa Diketepikan, Hanya 15 Pasukan Bertanding Piala Malaysia.

Malaysia Dan Arab Saudi Cari Jalan Tingkatkan Kerjasama Dua Hala Dalam Bola Sepak

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement