Connect with us

Sukan

Netizen Luah Rasa Kecewa Harimau Malaya Kecundang 4-0 Lawan UEA, Namun Pujian Diberikan Buat Farizal Marlias

Malaysia tewas 4-0 menentang UEA dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023…

Published

on

Semalam telah berlangsung antara perlawanan yang dinantikan buat peminat bola sepak tempatan di mana pasukan Malaysia beraksi menentang Emriah Arab Bersatu (UAE) bagi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023. Sebelum perlawanan bermula boleh dikatakan ramai juga yang semangat memberikan sokongan buat pasukan Harimau Malaya. Namun, aksi permainan tidak begitu memuaskan sehinggakan 10 minit terakhir perlawanan menjadi mimpi ngeri buat Harimau Malaya apabila dibolosi tiga gol sebelum tewas 4-0 di tangan UAE.

Harimau Malaya dilihat kurang menguasai permainan apabila ball possession lebih didominasi oleh UEA. Memang agak kecewa apabila menyaksikan kekalahan sebegini walaupun semua pemain terbaik telah diturunkan. Disebalik kekalahan ini, tentu suara para peminat akan mula membanjiri media sosial untuk meluahkan pendapat masing-masing mengenai permainan semalam.ย 

Baca juga:ย FAM Buka Peluang Lebih Ramai Pemain Kacukan Beraksi Bersama Harimau Malaya

Walaupun ramai yang kecewa dengan kekalahan tersebut, namun ramai juga yang puji kehebatan penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias dalam kewibawaannya menjaga gawang gol. Farizal dilihat fokus sepanjang permainan sehingga berjaya bertahan hingga minit-minit terakhir.

Selain Farizal, wargamaya juga turut memuji Dion Cools, Corbin Ong, Syafiq Ahmad dan juga Luqman Hakim. Ini antara pemain yang beraksi cemerlang pada perlawanan malam tadi. Disebalik pujian itu, suara kekecewaan turut ditujukan buat pemain naturalisasi negara, De Paula yang dilihat tidak beraksi dengan baik.ย 

Dengan kekalahan Harimau Malaya, kini skuad bimbingan Tan Cheng Hoe jatuh ke tangga keempat Kumpulan G meskipun terikat sembilan mata dengan UAE dan Thailand disebabkan perbezaan jumlah gol. Meski pun kalah pada babak semalam, diharap saingan seterusnya akan Harimau Malaya dapat bangkit semula dan mengaum dengan lebih garang.

Baca juga:ย Ini Perkara Yang Perlu Kita Faham Dalam Konteks Bola Sepak Tempatan

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement