Connect with us
Kool FM

Sukan

Hamilton Memecut Hampiri Rekod Schumacher

Menghampiri lagenda F1…

Published

on

Sebelum ini, rekod Michel Schumacher dalam perlumbaan saingan Formula Satu (F1) dilihat sukar untuk ditandingi dengan rekod sebanyak 91 kemenangan. Tetapi kini, Lewis Hamilton dilihat semakin menghampiri rekod tersebut dengan hanya memerlukan satu lagi kemenangan dalam saingan Formula Satu (F1) menjelang Grand Prix (GP) Russia Ahad ini.

Biarpun risau dengan penularan COVID-19 selepas penganjur membenarkan kehadiran 30,000 penonton, Hamilton kekal fokus untuk menyamai rekod tersebut. Walau bagaimanapun, Hamilton masih berada pada landasan terbaik untuk mengatasi rekod berkenaan selepas meraih empat kejuaraan dunia dalam tempoh enam tahun. 

Hamilton juga berjaya mencatat enam kejuaraan dalam sembilan perlumbaan musim ini untuk mengungguli kedudukan keseluruhan dengan perbezaan 55 mata mengatasi rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas. 

Antara perkara menarik dalam perlumbaan yang akan diadakan hujung minggu ini adalah, satu-satunya pelumba lain yang pernah meraih kejuaraan di litar Sochi, Russia, selain Hamilton dan Bottas, ialah Nico Rosberg (bekas pelumba Mercedes) sejak perlumbaan di negara itu kembali diletakkan dalam kalendar F1. Ini bermakna, jika Mercedes berjaya sekali lagi menjuarai perlumbaan itu, mereka akan menjadi satu-satunya pasukan paling banyak muncul sebagai juara dalam satu GP.

Menurut penganjur yang telah membenarkan seramai 30,000 penonton untuk hadir, jualan tiket untuk GP Russia sangat memberangsangkan dan ia telah habis terjual.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement