Connect with us
Kool FM

Sukan

Atlet² Olimpik Yang Gah Di Persada Dunia, Tapi Pernah Kantoi Menipu…

Juara, tapi rupanya main tipu…

Published

on

Nampak gah memecah rekod dunia, tapi kantoi menipu dengan melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum atau semasa pertandingan. Tapi penipuan dalam sukan Olimpik ini bukanlah perkara asing sebab rata-rata memang nak menang walau apa cara sekali pun. Jadi jom kita lihat atlet-atlet yang pernah kantoi menipu semasa menyertai sukan Olimpik. Harap-harap atlet Malaysia tak tersenarailah ye.

Dora Ratjen: Berlin, 1936

Dora Ratjen menduduki tempat keempat dalam acara lompat tinggi kategori wanita semasa Olimpik Musim Panas 1936 di Berlin, dan memecahkan rekod lompat tinggi dunia pada tahun 1939 semasa Kejohanan Atletik Eropah. Namun ada satu masalah tentang kelayakannya sebagai juara. 

Selepas melakukan siasatan, mereka mendapati Dora sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki, walaupun dia dibesarkan sebagai seorang wanita. Selepas pihak Olimpik mengetahui perkara itu, Dora dipaksa untuk mengembalikan pingatnya, menggugurnya rekod yang baru dia cipta, dan mengubah namanya kepada Heinrich.

Madeline De Jesus: Los Angeles, 1984

Madeline De Jesus mengalami kecederaan hamstring semasa percubaannya dalam acara lompat jauh di Sukan Los Angeles. Disebabkan khuatir dia tidak dapat bertanding dalam acara relay 4 x 400m pada pusingan berikutnya, dia membuat satu perancangan dengan harapan tiada siapa yang perasan.

Madeline mempunyai seorang kakak kembar, iaitu Margaret, yang juga merupakan atlet yang datang sebagai penonton pada hari tersebut. Mereka dikatakan menukar tempat untuk pusingan seterusnya, yang mana ia akan memberikan kelebihan kepada pasukannya iaitu Puerto Rico. Tapi tak sempat mereka memulakan acara, jurulatih Madeline mendapat tahu perkara tersebut. Akhirnya jurulatihnya bertindak menarik seluruh pasukan keluar dari perlumbaan.

Ben Johnson: Seoul, 1988

Johnson memenangi pingat emas dalam acara pecut 100 meter lelaki, dan memecahkan rekod dunia dalam acara tersebut. Malangnya, selepas perlumbaan ujian air kencingnya mendapati dia positif steroid. 

Image via:

Walaupun dia dilucutkan pingat kemenangannya, Johnson masih dibenarkan untuk bertanding di masa akan datang. Malang sekali lagi dia kantoi menggunakan steroid pada tahun 1993 dan diharamkan untuk menyertai sebarang acara seumur hidup. Ingatkan dah beri peluang tu insaflah, tapi masih buat lagi.

Marion Jones: Sydney, 2000

Marion Jones dilihat amat berjaya pada temasya sukan Olimpik 2000 di Sydney, Australia. Dia memenangi dua pingat gangsa dan tiga emas. Selain itu, dia menjadi wanita pertama yang memenangi sebahagian besar kategori trek dan padang dalam satu temasya sukan. Jones menafikan sebarang penggunaan steroid dan lulus kesemua ujian dadah. 

Bagaimanapun, pada tahun 2007 dia membuat pengakuan menggunakan steroid semasa Olimpik 2000 di Sydney. Sejurus itu, kesemua pingat kemenangannya dilucutkan, diharamkan untuk menyertai sebarang acara sukan selama dua tahun, dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana berbohong kepada pendakwa persekutuan yang menyiasat penggunaan bahan terlarang semasa menyertai temasya sukan Olimpik.

Atlet Badminton Korea Selatan, Indonesia Dan China: London, 2012

Kalah dengan sengaja memang jarang berlaku, tapi ianya pernah berlaku semasa temasya sukan Olimpik 2012 di London dalam acara badminton. Lapan pemain badminton wanita dicemuh semasa bermain kerana kerap melakukan hantaran ke net dan pukulan jauh dengan sengaja untuk kalah. Mereka dikatakan berbuat demikian kerana berpeluang untuk menentang dengan pasukan yang lemah pada pusingan berikutnya.

Kesudahannya, dua pasukan dari Korea Selatan dan masing-masing dari China dan Indonesia hilang kelayakan bermain dan didakwa merendahkan sukan badminton. Memang tak patut betul mereka buat macam tu dan tak menunjukkan semangat kesukanan langsung.

Fred Lorz: St. Louis, 1904

Fred Lorz memenangi maraton kategori lelaki semasa Sukan Olimpik St. Louis 1904 dengan catatan masa tiga jam 13 minit (kira-kira 15 minit lebih awal daripada saingan terdekatnya). Pada waktu itu dia dikatakan sudah mengambil foto bersama Alice Roosevelt, iaitu anak perempuan kepada Presiden, dan sedang bersiap untuk majlis penyampaian pingat kemenangan. Namun sebelum itu tiada siapa yang menyedari bahawa Lorz missing in action hampir separuh perlumbaan.

Nak dijadikan cerita, Lorz sebenarnya telah menarik diri dari perlumbaan selepas berlari hampir sembilan batu dan menaiki kereta pelatihnya selepas itu. Tapi lepas separuh jalan, kereta pelatihnya rosak dan Lorz pun terus berjalan kaki masuk ke stadium di mana orang ramai yang melihatnya menyambut dia sebagai pemenang. Dia bagaimanapun memutuskan untuk terus berlakon sebagai pemenang dan selepas itu mengatakan ia sebagai satu gurauan. Nak bergurau tapi tak kena masa ni.

Dong Fanxiao: Sydney, 2000

Gimnastik terkenal sebagai sukan yang diwakili oleh atlet-atlet muda, dan beberapa negara dikatakan telah menghantar atlet bawah umur sebagai wakil negara. Seorang Atlet dari China berusia 17 tahun menjadi tumpuan selepas memenangi pingat gangsa semasa Olimpik 2000 di Sydney. 

Image via:

Para hakim pertandingan menyatakan bahawa usianya kelihatan curiga walaupun sijil rasmi menyatakan dia lahir pada tahun 1983. Menerusi siasatan lanjut, pegawai penyiasat mendapati Fanxiao sebenarnya lahir pada tahun 1986 yang mana ketika dia menyertai temasya sukan tersebut, dia sebenarnya berumur 14 tahun. Akhirnya kumpulan China terpaksa melepaskan pingat yang dimenanginya itu.

Baca juga artikel menarik lain:

Tak Sangka Ada 3 Tempat Di Bumi Seakan Di Planet Marikh Sehingga Saintis..

Suami Cemburu Buta, Isteri Nekad Bakar Diri! Cuba Cara Ini Untuk Kawal Perasaan Cemburu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement